Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors, Ismitz Matthew De Alwis
KUALA LUMPUR 29 Jun – Kenanga Investors Berhad melancarkan semula dua dana unit amanahnya, iaitu Dana Kenanga Global Growth (Kenanga Global Growth Fund, “KGGF”, dahulunya Kenanga Resource Equity Fund) dan Dana Kenanga Global Islamic (Kenanga Global Islamic Fund, “KGIF”, dahulunya Kenanga Islamic Fund).
Kali pertama dilancarkan pada 2011, KGGF telah melaksanakan penyusunan semula dengan peralihan daripada tumpuan terdahulu kepada produk sumber seperti tenaga, mineral, pertanian dan industri berkaitan.
Dana tersebut kini menyasarkan matlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dengan membuat pelaburan terutamanya dalam ekuiti global dan sekuriti berkaitan ekuiti dengan tumpuan peringkat kedua kepada sekuriti pendapatan tetap, produk berstruktur dan instrumen pasaran wang.
KGGF akan ditanda aras dengan Indeks MSCI All Country World (MSCI ACWI), sekali gus menyokong strategi barbell Kenanga Investors yang mengutamakan tema pemulihan dan trend pertumbuhan berstruktur.
Bagi KGIF, fokus pelaburan utamanya terus kekal untuk mencapai pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan yang kukuh dalam portfolio pelbagai berdasarkan prinsip-prinsip Syariah, meskipun dalam ekuiti patuh Syariah global dan sekuriti berkaitan ekuiti yang mematuhi Syariah.
Penanda arasnya, ketika pelancaran semula, ialah Indeks Dunia Pasaran Islam Dow Jones (Dow Jones Islamic Market World, DJIM World), yang mengukur prestasi ekuiti boleh labur seluruh dunia yang telah ditapis oleh kepatuhan pada Syariah yang selaras dengan metodologi Indeks Pasaran Islam Dow Jones.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors, Ismitz Matthew De Alwis berkata, pihaknya telah memperkenalkan dana-dana ini kepada pasaran untuk memberikan tahap dedahan global yang lebih besar kepada pelanggan.
Dengan melabur dalam pasaran global ujar beliau, pihaknya akan mempunyai skop yang lebih meluas untuk memanfaatkan tren pertumbuhan sekular seperti pendigitalan, kenderaan elektrik, rangkaian 5G, dan juga pemulihan semula dalam pasaran pasca-COVID-19.
Menurutnya, indeks saham yang menanda aras dana yang dilancarkan semula, iaitu MSCI ACWI dan DJIM World, juga telah menunjukkan pertumbuhan yang konsisten sepanjang 10 tahun lalu meskipun pelbagai kitaran ekonomi dan peristiwa ekonomi telah berlaku, yang membuktikan bahawa dedahan global menjana pulangan yang menggalakkan dan menyediakan kepelbagaian.
Syarikat akan menggunakan strategi pelaburan aktif yang menggabungkan analisis pelaburan dari bawah ke atas terhadap syarikat yang mempunyai analisis makro dari atas ke bawah mengenai negara dan sektor dalam peruntukan aset.
Proses pelaburan adalah konsisten dengan falsafah syarikat untuk membuat pelaburan dalam syarikat yang menjana pertumbuhan perolehan dan memberikan pulangan yang memuaskan kepada modal, selain mengenal pasti syarikat-syarikat yang terkurang nilai.
Faktor utama fokus termasuk
1) Kemampanan model perniagaan,
2) Rekod pencapaian pengurusan,
3) Pertumbuhan perolehan dan ketampakan, dan
4) Pulangan ke atas Modal.
Dana tersebut adalah sesuai untuk pelabur yang ingin mendapatkan pertumbuhan modal dalam jangka masa pelaburan sederhana hingga jangka panjang. Jumlah pelaburan minimum awal ialah RM5,000 dengan setiap pelaburan tambahan pada nilai RM200 untuk KGGF manakala bagi KGIF, RM1,000 sebagai jumlah permulaan dengan RM100 bagi setiap pelaburan tambahan.
Sila layari www.kenangainvestors.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kenangan Kenanga Investors Berhad. - DagangNews.com