Kenanga Research kekal berhati-hati dengan prospek jangka panjang Nestle | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research kekal berhati-hati dengan prospek jangka panjang Nestle

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Okt - Kenanga Research kekal berhati-hati dengan prospek jangka panjang Nestle kerana kumplan itu berdepan pelbagai risiko termasuk tekanan kos kesan daripada gangguan rantaian bekalan.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga berdepan risiko pelanggan beralih kepada produk jenama lain yang menawarkan harga yang lebih rendah selain konfli geopolitik berterusan antara Rusia-Ukraine.

 

"Kami menjangkakan risiko berlakunya kenaikan harga pada masa hadapan sekiranya inflasi berterusan.

 

"Sementara itu, harga komoditi mula berkurangan sejak beberapa minggu lalu dan ia seharusnya mengurangkan tekanan margin pada FY23 dengan penurunan selanjutnya dalam 2HCY23 tetapi tidak mungkin kembali ke paras sebelum pandemik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi 3QFY22 menyusut sebanyak 23.9% kepada RM112.65 daripada RM148.02 bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Pendapatan sesaham mereka juga menurun kepada 48.04 sen daripada 63.12 sen tahun lalu, bagaimanapun kumpulan itu mengumumkan pemberian dividen interim sebanyak 70 sen sesaham yang akan dibayar pada 15 Disember 2022. 

 

Firma itu mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) RM115.65 sesaham.

 

Bagaimanapun, firma itu berkata, disebalik saranan itu teradapat beberapa risiko yang bakal dihadapi kumpulan itu termasuk penurunan harga komoditi dan pengukuhan nilai ringgit di pasaran sekali gus merendahkan harga bahan mentah yang diimport.

 

"Antara risiko paling besar yang perlu dihadapi Nestle adalah pengguna beralih kepada barangan alternatif selepas kuasa memli mereka meningkat sekiranya inflasi dapat di kawal dengan baik," katanya. - DagangNews.com