KUALA LUMPUR 8 Sept - Kenanga Research mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor utiliti selepas berlaku peningkatan pendapatan berturutan mengatasi unjuran bagi keputusan 2QCY22 baru-baru ini.
Firma itu berkata, hasil yang diperolehi jelas menunjukkan daya tahan aset terkawal manakala sebahagian besar varian datang daripada bahagian perniagaan yang tidak dikawal.
Hasilnya bercakap dengan jelas untuk daya tahan pendapatan aset terkawal manakala varians (kedua-dua terbalik dan menurun) sebahagian besarnya datang daripada bahagian perniagaan yang tidak dikawal.
"Kami terus menyukai sektor itu kerana ketahanan pendapatan yang disokong oleh aset terkawal," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, Tenaga Nasional Berhad merupakan pilihan utama mereka dalam sektor itu berdasarkan peningkatan permintaan bakalan elektrik daripada sektor komersial dan industri selepas pembukaan semula ekonomi negara.
Premium risikonya (sebahagian besar disebabkan oleh kekurangan pemulihan kos bahan api) yang semakin berkurangan apabila harga tenaga semakin meningkat.
"Mereka merupakan penerima manfaat pulangan daripad apelabur asing memandangkan wajaran ketara dalam indeks utama," katanya.
Sementara itu, firma itu berkata, lebih 90% pendapatan Petronas Gas dilindungi rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) manakala Gas Malaysia akan terus menerima manfaat daripada harga gas yang tinggi di unit runcitnya.
Firma itu juga mengunjurkan pendapatan lebih stabil untuk YTL Power International dan Malakoff Corporation (memandangkan loji arang batu 1,000MW di bawah Tanjung Bin Energy kembali dalam talian selepas kerja-kerja pembaikan).
"Bagaimanapun pendapatan Pestech International dijangka terus terjejas kesan daripada tekanan margin keuntungan akibat kos input tinggi dan pelaksanaan projek yang tidak optimum," katanya. - DagangNews.com