Kenanga Research unjur sektor hartanah berdepan prospek mencabar akibat kadar faedah tinggi, inflasi | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research unjur sektor hartanah berdepan prospek mencabar akibat kadar faedah tinggi, inflasi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Mac - Kenanga Research mengunjurkan sektor hartanah berdepan cabaran besar pada 2023 kesan kadar faedah yang tinggi dan kenaikan kadar inflasi yang mengurangkan kuasa membeli barangan besar dalam kalangan pengguna.

 

Firma itu berkata, keadaan itu juga akan menyebabkan pemaju menangguhkan pelancaran projek baharu kerana ketidakupayaan untuk menaikkan harga jualan kesan daripada peningkatan kos pembinaan.

 

Kataya, margin keuntungan pemaju hartanah yang bertahan dengan baik sejak dua tahun lalu dilihat akan berdepan penyusutan pada 2023.

 

"Pemaju hartanah akan terus tertekan dengan kontrak yang dimeterai pada harga tinggi (kesan lonjakan harga bahan binaan dan kekurangan tenaga kerja) dan perlu menyiapkannya dengan pantas pada tahun ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, pemaju hartanah berkemungkinan terpaksa menagguhkan pelancaran projek baharu akibat kenaikkan harga, kemampuan membeli merosot dan kenaikan kadar inflasi.

 

Katanya, berdasarkan persekitaran yang mencabar itu, firma itu memilih pemaju yang memiliki aliran tunai serta pemberian dividen yang baik sepetti Eco World didorong oleh jenama yang kukuh.

 

Selain itu, firma itu juga turut memilih IOI Properties Group untuk nilaian tinggi bagi pelaburan hartanah utamanya di Lembah Klang, Singapura dam China yang berpotesi dibukan menerusi  Real Estate Investment Trust (REIT). 

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor itu. - DagangNews.com