Kerjasama AirAsia, STB pacu pembangunan industri pelancongan Singapura | DagangNews Skip to main content

Kerjasama AirAsia, STB pacu pembangunan industri pelancongan Singapura

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Feb - AirAsia dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mempromosikan perjalanan ke Singapura. 

 

Pelancong dari rantau ini kini boleh mengakses pelbagai tawaran pelancongan menarik ke Singapura melalui airasia Super App seperti pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain, yang kini tersedia di dalam aplikasi tersebut.

 

Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk merintis penyelesaian digital untuk meningkatkan pengalaman pelancong di Singapura, serta bertukar pengetahuan dan pandangan untuk mengenali para pelancong dari pasaran Asia Tenggara dengan lebih dekat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Singapura ialah salah satu pasaran utama kumpulan itu dan sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan STB.

 

"Sebagai sebuah aplikasi super yang pesat berkembang di Asia Tenggara, kami yakin dapat memaksimumkan kerjasama ini dan membawa pelancong merentasi Asia Tenggara ke Singapura," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo berkata, semua pihak berkepentingan dalam industri itu perlu bekerjasama selepas sempadan antarabangsa sudah mula dibuka secara beransur-ansur.

 

singapura

 

"Airasia Super App bersedia untuk memudahkan perjalanan kerana kami kini mempunyai platform perjalanan holistik dengan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan untuk merancang perjalanan mereka. 

 

"Kerjasama dengan STB ini adalah strategik dan kami berharap untuk mempromosikan Singapura kepada semua pengguna aplikasi kami di seluruh Asia Tenggara," katanya.

 

singapura

 

Ketua Eksekutif STB, Keith Tan berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menyokong pemulihan sektor pelancongan.

 

singapura

 

"Melalui airasia Super App, STB percaya kami akan terus menjangkau rakyat di rantau ini dengan lebih luas dan mengalu-alukan mereka kembali ke Singapura," katanya. - DagangNews.com