Keyfield terima 2 kontrak RM40 juta daripada HESS Exploration bagi penyediaan AWB, AHTS untuk aktiviti luar pesisir | DagangNews Skip to main content

Keyfield terima 2 kontrak RM40 juta daripada HESS Exploration bagi penyediaan AWB, AHTS untuk aktiviti luar pesisir

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Julai - Keyfield International Bhd menerusi Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima dua kontrak bernilai RM40 juta daripada Hess Exploration and Production Malaysia B.V. bagi menyediakan perkhidmatan bot kerja penginapan (AWB) dan kapal tunda pengendalian sauh (AHTS) untuk aktiviti luar pesisir kumpulan itu.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu masing-masing sudah bermula pada Julai dan Jun 2024 bagi tempoh lima dan enam bulan. 

 

"Kumpulan itu perlu menyediakan satu unit AWB dan satu unit AHTS masing-masing dengan kru dan perkhidmatan atas kapal bagi melaksanakan skop kerja yang dipersetujui bagi memenuhi keperluan penyewa," katanya.

 

Katanya, kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

 

Kontrak itu bagaimanpun tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan.

 

Penerimaan dan pelaksanaan kontrak oleh kumpulan itu tertakluk kepada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan operasi perniagaan. - DagangNews.com