KLCI teruskan momentum lonjakan | DagangNews Skip to main content

KLCI teruskan momentum lonjakan

KLCI

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 17 Mac. - Pasaran saham tempatan yang dibuka pagi ini terus mengukuh melebihi paras 1,600 mata.

 

Membuka tirai dagangan pagi ini, indeks utama FBM KLCI terus cemerlang apabila mencatatkan peningkatan 46 mata kepada 1,624.42 mata.

 

Menurut Bloomberg, saham Asia secara keseluruhannya dibuka rendah hari ini kerana para pelabur sedang mempertimbangkan kekuatan pemulihan ekonomi berkaitan dasar Federal Reserve.

 

Penanda aras ekuiti menyaksikan penurunan lebih rendah di Jepun, Australia dan Korea Selatan, sementara niaga hadapan ekuiti AS pula berubah-ubah.

 

S&P 500 ditutup lebih rendah selepas mencatatkan kenaikan pada tiga sesi ketika sektor tenaga dan industri melemah.

 

Kelebihan syarikat teknologi dan perisian Apple Inc. dan Microsoft Corp mengangkat Nasdaq 100, sementara Dow Jones Industrial Average di AS juga jatuh daripada paras tertinggi.

 

Sementara itu, Rakuten Trade Research dalam nota kajiannya memberitahu, pihaknya menjangkakan pasaran serantau akan sedikit menurun hari ini setelah mencatatkan prestasi positif semalam.

 

"Bagi bursa tempatan, kami berpendapat FBM KLCI akan tetap positif dengan adanya beberapa aktiviti 'memburu' dan tawar-menawar dalam pasaran khususnya berkaitan saham perladangan.

 

"Ini kerana saham perladangan menunjukkan kenaikan 1% semalam.

 

"Walaupun begitu, kami menjangkakan FBM KLCI akan membuat peningkatan sedikit seperti semalam dan berlegar sekitar 1,625/30 hari ini," jelas Rakuten Trade Research. - DagangNews.com