Lebih 700,000 terima vaksin dos pertama melalui Pikas | DagangNews Skip to main content

Lebih 700,000 terima vaksin dos pertama melalui Pikas

Lebih 700,000 terima vaksin dos pertama melalui Pikas

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Seramai 700,132 pekerja dalam sektor pembuatan di negara ini telah menerima vaksin bagi dos pertama melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

 

Jumlah yang direkodkan hingga 10 Ogos itu meningkat berbanding 671,792 penerima dos pertama yang dilaporkan setakat 8 Ogos baru-baru ini.

 

.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, jumlah penerima dos kedua turut menyaksikan peningkatan kepada 179,637 bagi tempoh sama.

 

"#Pikas membantu untuk mempercepatkan vaksinasi di Malaysia dengan menyasarkan pekerja sektor pembuatan," jelas MITI dalam satu ciapan di laman Twitternya hari ini.

 

Pelancaran Pikas adalah bagi melengkapkan Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) di samping mempercepatkan imunisasi Rakyat.

 

.

 

Dilancarkan pada 16 Jun 2021, program berkenaan ditujukan kepada pekerja-pekerja di sektor pembuatan dan MITI telah ditugaskan untuk menyelaraskan program imunisasi sektor berkenaan.

 

Pikas diperkenal dengan objektif untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepatkan vaksinasi untuk Rakyat dan mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dengan meningkatkan pengambilan vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja di Malaysia selain mengurangkan bilangan kluster COVID-19 dalam kelompok tempat kerja.

 

Dengan matlamat melindungi kesejahteraan pekerja-pekerja dan seterusnya membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia, Pikas disokong oleh sektor swasta yang bersetuju untuk menyediakan fasiliti di tempat kerja, pusat konvensyen dan pusat pameran sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang merangkumi kedua-dua perkhidmatan iaitu kakitangan perubatan, bukan perubatan dan perkhidmatan keselamatan. - DagangNews.com