KUALA LUMPUR 25 Okt - Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expessway (SPE) dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada 1 November ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lebuh raya itu sudah 99% siap namun beberapa kemudahan seperti kemudahan tandas awam, lampu jalan yang melibatkan bekalan elektrik serta sistem kutipan tol dalam persiapan akhir.
“Saya memahami kegusaran pengguna jalan raya yang memohon laluan Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dibuka secepat mungkin bagi membantu menyuraikan masalah kesesakan trafik di beberapa kawasan di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.
Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa meletakkan keutamaan dalam memberikan kemudahan infrastruktur jalan raya kepada pengguna namun tidak berkrompomi dengan faktor keselamatan.
Katanya, KKR telah mengarahkan syarikat konsesi agar memastikan setiap faktor spesifikasi dan kemudahan di laluan berkenaan lengkap dan sempurna sepenuhnya.
Beliau berkata, ia selari dengan semangat kempen MYJalan yang memfokuskan kepada keselesaan pengguna jalan raya. - DagangNews.com