KUALA LUMPUR 8 Mei - LEGOLAND® Malaysia Resort mengumumkan penutupan sementara berkuatkuasa 7 Mei hingga diberitahu kelak, membabitkan taman tema, taman air, hotel dan SEA LIFE Malaysia.
Menurut pengurusan resort tersebut, langkah penutupan sementara itu adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa daerah di Johor.
"Seandainya anda ada membuat tempahan awal untuk melawat kami atau menikmati juadah berbuka puasa dan makan malam SEA LIFE, sila hubungi kami bagi mengatur semula tempahan.
"Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di 07-597 8888 atau emel:
Online.Booking@legoland.my bagi pemegang tiket harian atau tahunan.
"Bagi tempahan sedia ada LEGOLAND Hotel pula, orang ramai boleh emel ke LLMReservation.Hotel@legoland.my," kata kenyataan itu.
Pengurusan resort ini menambah, pihaknya mengalu-alukan kepulangan semula pengunjung ke resort ini apabila keadaan memulih kelak. - DagangNews.com