Lendary lancar algoritma pemberian pinjaman untuk perdagangan kripto di Asia | DagangNews Skip to main content

Lendary lancar algoritma pemberian pinjaman untuk perdagangan kripto di Asia

 

MUNICH 21 April /PRNewswire/ - Lendary, syarikat teknologi kewangan yang telah merevolusikan pemberian pinjaman margin dalam pasaran kripto dengan pemberian pinjaman rakan-ke-rakan automatik, memperluaskan perkhidmatannya di Asia. Platform Lendary.net akan disediakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan tidak lama lagi, Bahasa Malaysia.

 

"Asia sentiasa berada dalam perancangan kami," kata Agost Makszin, Rakan Pengurusan Lendary Asia. "Kami ingin melancarkan di rantau ini dengan rekod prestasi terbukti dan platform yang diuji sebaiknya; setelah dua tahun mengalami prestasi mantap dalam memberi pulangan dua digit kepada pengguna kami, dan kini kami bersedia."

 

Lendary berjaya membiayai lebih daripada 550,000 perdagangan margin dengan jumlah pemberian pinjaman yang dikeluarkan mencecah AS$650 juta setakat suku pertama tahun 2021.

 

Sejak Julai 2019, Lendary menyaksikan pertumbuhan lebih daripada 200% dari segi jumlah margin yang dikeluarkan di Lendary.net berbanding tahun sebelumnya.

 

Secara global, jumlah margin aktif yang digunakan pada bursa yang relevan meningkat daripada AS$300 juta pada tahun 2019 kepada AS$1.6 bilion pada tahun 2021. 

 

Lendary membolehkan pelabur memperoleh pendapatan pasif dan tetap daripada bidang mata wang kripto tanpa pendedahan kripto berarah.

 

Lendary mengautomasikan pemberian pinjaman margin dengan peruntukan modal kepada pedagang margin dalam persekitaran yang dikawal sepenuhnya di salah satu bursa mata wang kripto yang terbesar.

 

Lendary

 

Teknologi pencairan mantap memastikan agar modal dibayar balik kepada pengguna Lendary dengan faedah yang diperoleh tanpa mengira sama ada pedagang margin mengalami keuntungan atau kerugian.

 

Ringkasnya, Lendary membolehkan pelabur bertindak seperti sebuah bank, meminjamkan wang kepada perdagang margin yang membayar faedah sebagai pulangan, mewujudkan aliran pendapatan tetap yang berterusan, kesemuanya boleh dijejaki melalui papan pemuka diperibadikan.

 

"Perkhidmatan Lendary mungkin mendapat tarikan khusus dalam pasaran Asia yang mana kadar faedah biasanya rendah dengan segelintirnya mengalami kadar faedah negatif selama lebih sedekad lamanya," kata Benjamin Thomsen, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Lendary. "Lendary menyasarkan untuk memberi kaedah alternatif dan membuka masa depan pendapatan tetap."

 

Lendary ialah perisian teknologi kewangan yang mengautomasikan pemberian pinjaman margin di salah satu bursa mata wang kripto yang terbesar, menyampaikan aliran pendapatan tetap yang berterusan dalam persekitaran yang dikawal sepenuhnya.

 

Algoritma pemberian pinjaman kekerapan tinggi menggunakan modal untuk membiayai perdagangan margin dengan kadar faedah sebaik mungkin secara 24/7. - DagangNews.com