LFE peroleh kontrak RM14.68 juta daripada Kajima-SunCon sebagai subkontraktor penyaman udara di Gudang Daiso, Pulau Indah | DagangNews Skip to main content

LFE peroleh kontrak RM14.68 juta daripada Kajima-SunCon sebagai subkontraktor penyaman udara di Gudang Daiso, Pulau Indah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Julai - LFE Corporation Bhd menerusi LFE Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM14.68 juta daripada Kajima (Malaysia) Sdn Bhd and Sunway Construction Sdn Bhd (Kajima-SunCon) sebagai subkontraktor penyaman udara serta pengudaraan mekanikal di Gudang Daiso GDC, Pulau Indah.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu juga melibatkan perkhidmatan sistem pengurusan bateri (BMS) di Gudang tersebut.

 

"Kontrak itu adalah selama 23 bulan bermula 20 Mac 2024 hingga 28 Februari 2026," katanya.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan sehingga tamat tempoh kontrak.

 

Kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang risiko timbul daripada kotrak itu selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan yang akan ditangani sewajarnya. - DagangNews.com