KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kenanga Research meramalkan LPI Capital Bhd terus menjadi pilihan utama dalam segmen insurans kebakaran tetapi tidak menolak kumpulan itu tetap berdepan tekanan.
Katanya, untung bersih kumpulan itu pada 1HFY24 melonjak 30% kepada RM179.29 juta disokong rizab insurans semula daripada kejadian banjir masa lalu yang menyaksikan pembalikan dalam tempoh tersebut untuk produk insurans kebakaran.
Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu dijangka mengekalkan bahagian pasarannya selagi Public Bank terus mengembangkan buku gadai janjinya walaupun kini pada kadar yang lebih kecil bagi setiap akaun.
"Kami juga tidak begitu fokus terhadap produk insuransnya yang lain kerana kumpulan itu terus melabur ke dalam agensinya bagi meningkatkan pertambahan semula jadi daripada rangkaian bankasuransnya," katanya dalam satu nota kajiannya, hari ini.
Terdahulu, untung bersih pada 2QFY24 meningkat 23% kepada RM78 juta daripada RM63.4 juta setahun sebelumnya, dipacu oleh pendapatan lebih tinggi daripada segmen insurans am.
Hasil bagi suku tersebut meningkat 1.5% kepada RM469.4 juta.
Firma penyelidikan itu berkata, dari suku tahun ke suku tahun, untung 2QFY24 merosot sebanyak 23% kesan pendapatan dividen yang lebih lemah secara berurutan yang biasanya diagihkan semasa 1Q dan 3Q.
Katanya, normalisasi pendapatan dividen antara suku tahun, pendapatan bersih masih akan menurun sebanyak 4% atas tuntutan yang lebih tinggi yang dialami.
"Kami menyerlahkan segmen insurans kelas kebakaran yang dinyatakan di atas menyaksikan peningkatan dalam hasil insurans kerana gadai janji mungkin meningkat berikutan aliran masuk pendapatan yang lebih baik daripada 1Q," katanya.
Kenanga Research mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM15.00 sesaham. - DagangNews.com