LPS Star Media dianggar hingga 34% | DagangNews Skip to main content

LPS Star Media dianggar hingga 34%

Star Media Group Bhd.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Anggaran kerugian sesaham (LPS) syarikat Star Media Group Bhd. ditingkatkan hingga 34% bagi tahun kewangan 2020.

CGS-CIMB Research berkata, anggaran tersebut dibuat selepas mengambil kira andaian susut nilai dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi.

"Kami tingkatkan anggaran kerugian sesaham kepada 34% bagi tahun kewangan 2020.

"Bagaimanapun, kami kecilkan anggaran kerugian sesahan bagi tahun kewangan 2021 hingga 2022 sebanyak 4% hingga 7%," jelas CGS-CIMB Research.

Anggaran kerugian sesahan yang lebih rendah bagi tahun kewangan 2021 hingga 2022 itu dibuat berdasarkan kepada penilaian kos kakitangan yang lebih rendah pada masa hadapan.

Terdahulu, The Edge Market melaporkan syarikat tersebut akan mengurangkan kira-kira 100 pekerja pada tahun 2020.

Tindakan tersebut diambil susulan syarikat berkenaan mengalami kerugian sejak sebelum berlakunya wabak COVID-19.

Star Media Group mencatatkan kerugian bersih RM30.9 juta pada separuh pertama 2020.

Kerugian yang direkodkan itu adalah yang terbesar dalam masa tiga dekad.

Jumlah kerugian itu juga menjangkaui ramalan yang dibuat CGS-CIMB Research yang tidak menekankan kepada perbelanjaan operasi dan caj susut nilai kumpulan berkenaa. - DagangNews.com