MAGGI® cetus inspirasi wanita menerusi ‘Resipi Berani MAGGI®’ | DagangNews Skip to main content

MAGGI® cetus inspirasi wanita menerusi ‘Resipi Berani MAGGI®’


KUALA LUMPUR 1 Julai - MAGGI® melancarkan siri realiti TV enam episod terbarunya - Resipi Berani MAGGI®, sebagai sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM).

 

Program ini melengkapkan proses pembelajaran dan pemerkasaan kempen ini, yang telah memberikan peluang peningkatan kemahiran dan kepemimpinan untuk para peserta - juga dikenali sebagai mentee yang mengambil bahagian, sambil memperlihatkan transformasi perjalanan hidup dan kerjaya mereka dalam meneroka kejayaan.

 

Salah satu tujuan utama kempen PMWCBM adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih banyak wanita melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk mencuba sesuatu yang baru - bak kata pepatah Tak Kenal, Tak Cinta.

 

Hampir 1,000 wanita mengambil bahagian dalam Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang diadakan dengan kerjasama program Women’s Will anjuran Google pada tahun lepas.

 

Daripada ini, lapan mentee terpilih sebagai finalis dalam siri realiti TV yang dijalankan berdasarkan ketahanan, keberanian dan tekad mereka untuk berjaya dalam perniagaan makanan dari rumah, terutama dalam berhadapan realiti hari ini.

 

Dalam program Resipi Berani MAGGI®, mentee akan menerima pelbagai cabaran dalam bidang berikut:

- Kemahiran Perniagaan,

- Kemahiran Digital dan Memasak

- Sesi bimbingan maklum balas dengan tiga Mentor MAGGI® - Ikon Masakan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Pelakon dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda 2019 dan Pemilik My Mum's Bakery, Anne Idris.

 

Pemenang utama Resipi Berani MAGGI® akan menerima modal benih sebanyak RM8,000, dan program bimbingan peribadi selama 8 minggu dengan ikon usahawan, Anne Idris. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal RM5,000. Lapan finalis yang tampil dalam siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® ini terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan makanan dari rumah - Aza Syima Abdullah, Bibiaminani A. Ghani, Haslina Mohd Idris, Mazzaton Miza Wahab, Nur Azreen Masera Albakri, Nur Hidayah Jeffri, Roslina Mohd Isa, dan Siti Aishah Abd Razak.

 

Bercakap pada acara pelancaran, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Pelancaran Resipi Berani MAGGI® ini adalah sangat bermanfaat dan mengujakan, kerana ini membuktikan kejayaan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2020.

 

Objektif utama program bersiri ini adalah untuk mengetengahkan transformasi dan perjalanan penuh emosi para mentee, yang akan memberi inspirasi kepada wanita lain untuk membuka langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru seterusnya membawa perubahan positif bagi diri mereka dan juga kepada insan yang mereka sayangi.

 

"Kami telah melihat bagaimana para mentee dapat melangkah keluar dari zon selesa mereka, mengatasi cabaran dan merasai peningkatan kemahiran di bawah bimbingan Mentor yang berwibawa. Kami berharap agar dapat terus menyokong lebih banyak wanita melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2021,” katanya.

 

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang dianjurkan dengan kerjasama program Google’s Women’s Will akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. Peserta terpilih juga berpeluang untuk menghadiri Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan yang eksklusif serta serba baharu.

 

Sila log masuk ke https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/ untuk maklumat lanjut mengenai siri realiti TV Resipi Berani MAGGI® dan pendaftaran bengkel. - DagangNews.com