KUALA LUMPUR 8 Mac - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Mac 2023 membenarkan Saoura Energy Berhad dan 22 anak syarikatnya mendapat perintah baharu untuk mengadakan mesyuarat yang dipanggil mahkamah bersama pemiutang dalam tempoh tiga bulan.
Mahkamah juga membenarkan perintah sekatan (RO) tiga bulan ke atas pemiutang.
Kedua-dua perintah yang diberikan oleh Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad berkuat kuasa mulai Sabtu, berikutan prosiding dijalankan pada hari ini.
Anak-anak syarikat Sapura Energy termasuk Sapura Marine Ventures Sdn Bhd, Sapura Geosurvey Sdn Bhd, Sapura Drilling Probadi Sdn Bhd, Sapura Subsea Services Sdn Bhd, Sapura Geoscience Sdn Bhd, Sapura Subsea Corporation, Sapura Engineering (Offshore) Sdn Bhd, Sarku Engineering Services Sdn Bhd, Sapura Technology Solutions Sdn Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd, Sapura Engineering Sdn Bhd, Sapura Offshore Sdn Bhd, Sapura Petroleum Ventures Sdn Bhd, Sapura 1200 Ltd, Sapura Geotechnics Sdn Bhd, Sapura Pinewell Sdn Bhd, Sapura TMC Sdn Bhd, Sapura 3500 Ltd, Sapura Dana SPV Pte Ltd, Sapura Nautilus Sdn Bhd, Sapura 900 Pte Ltd, and Sapura Drilling Pte Ltd.
Syarikat itu memfailkan permohonan ex-parte pada 3 Mac lalu di mana mereka antara lain memohon perintah mahkamah untuk mengadakan mesyuarat yang dipanggil mahkamah dan RO.
Permohonan ex-parte difailkan dengan sijil mendesak dan perkara itu didengar oleh Atan Mustaffa pada pagi hari ini.
Sapura Energy dan anak syarikatnya diwakili oleh Saheran Suhendran, Jack Yow, Kwong Chiew Ee dan Neoh Jin Keat.
Pada Jun 2022, Sapura Energy dan 22 unit memperoleh RO sembilan bulan terhadap pemiutang daripada Pesuruhjaya Kehakiman Adlin Abdul Majid. - DagangNews.com