The Makeover Guys dilantik sebagai pengubah suai rasmi kediaman Datum Jelatek Residence | DagangNews Skip to main content

The Makeover Guys dilantik sebagai pengubah suai rasmi kediaman Datum Jelatek Residence

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Jun - The Makeover Guys (TMOG) dilantik sebagai pengubah suai rasmi kediaman Datum Jelatek Residence menerusi kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan DatumCorp International (DCI). 

 

Menerusi jalinan kerjasama itu, pembeli rumah Datum Jelatek Residence berpeluang eksklusif untuk menikmati pakej TMOG, yang menampilkan unit yang disusun rapi dan dilengkapi perabot berjenama.

 

Tawaran ini tersedia kepada pembeli rumah baharu Datum Jelatek Residence bagi memastikan pengalaman mereka menjalani kehidupan yang sempurna tanpa perlu menanggung perbelanjaan pengubahsuaian yang mahal.

 

Pakej yang disediakan TMOG juga menyediakan fleksibiliti menarik untuk pembeli rumah Datum Jelatek, kerana ia akan disesuaikan dengan keperluan dan keinginan individu.

 

"Setiap pembelian unit akan menerima baucar peralatan rumah percuma bernilai sehingga RM5,000.

 

"Dengan kos pengubahsuaian yang diserap dengan lancar oleh pemaju, pembeli rumah boleh berseronok dengan kemudahan unit yang lengkap dari saat mereka menerima kunci mereka, menjimatkan masa, usaha dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pengubahsuaian tradisional," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TMOG, Gavin Liew berkata, pihaknya gembira bekerjasama dengan PKNS dan DCI dalam membangunkan taraf hidup mewah yang boleh diakses untuk pemilik rumah.

 

"Melalui pakej dengan kelangkapan penuh, kami menyasarkan untuk menyediakan pemilik rumah bukan sahaja dengan kemudahan tetapi juga kehidupan mewah

 

"Adalah penting untuk kami memastikan ia benar-benar mencerminkan citarasa unik pembeli," katanya.

 

Datum Jelatek Residence adalah bukti komitmen PKNS dan DCI terhadap kecemerlangan dan inovasi.

 

Dengan sejumlah 712 unit yang direka dengan teliti di atas tanah seluas 2.26 hektar, Datum Jelatek Residence menawarkan pelbagai saiz unit antara 550 kaki persegi hingga 1,645 kaki persegi, memenuhi pelbagai keperluan penduduk bandar moden. - DagangNews.com