Malaysia Airlines, Maybank jalin kerjasama tawar diskaun penerbangan 10% kepada pelanggan Asia Tenggara  | DagangNews Skip to main content

Malaysia Airlines, Maybank jalin kerjasama tawar diskaun penerbangan 10% kepada pelanggan Asia Tenggara 

(Dari Kiri): Ketua Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan, Maybank, B Ravintharan K Balakrishnan dan Ketua Pegawai Komersial Airlines MAG, Dersenish Aresandiran
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Sept - Malaysia Airlines dan Maybank menjalinkan kerjasama menawarkan diskaun penerbangan kepada pemegang kad Maybank Manchester United di Malaysia, Filipina, Singapura dan Indonesia.

 

Melalui kerjasama itu, ahli kad Maybank Manchester United di Malaysia, Filipina, Singapura dan Indonesia akan menikmati diskaun 10% bagi semua penerbangan dalam rangkaian Malaysia Airlines sehingga 31 Ogos 2025.

 

Selain itu, pemegang kad Maybank lain akan menikmati diskaun 5% pada tarikh terpilih setiap bulan sehingga Ogos 2025, menarik lebih ramai pelanggan untuk menikmati tawaran itu.

 


Malaysia Airlines merupakan rakan kongsi penerbangan komersial rasmi Manchester United, manakala Maybank merupakan rakan kongsi perkhidmatan kewangan terpanjang kelab tersebut. 

 


Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran berkata, perkongsian dengan Maybank itu sejajar dengan visinya menjadi syarikat penerbangan pilihan di seluruh rantau itu. 

 

“Perkongsian ini bukan sahaja membolehkan pelanggan membuat transaksi mudah tetapi juga meningkatkan pengalaman perjalanan mereka.

 

Malaysia Airlines berkata, perkongsian tersebut akan mengukuhkan lagi usaha mereka dalam meningkatkan gaya hidup pelanggan mereka dengan memanfaatkan hubungan dengan Manchester United. 

 

Majlis pemeteraian perkongsian itu berlangsung di Pavilion Malaysia Airlines sempena Matta Fair yang turun hadir ialah pemain bola sepak Manchester United, Ryan Giggs, Wes Brown dan Park Ji Sung.- DagangNews.com