Maybank IB jangka Bermaz Auto catat pendapatan antara RM75 hingga RM85 juta pada 3QFY23 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB jangka Bermaz Auto catat pendapatan antara RM75 hingga RM85 juta pada 3QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Mac - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan Bermaz Auto Berhad mencatatkan prestasi pendapatan yang kukuh antara RM75 juta hingga RM85 juta pada 3QFY23 atau peningkatan antara 15% hingga 30% dari bulan ke bulan.

 

Firma itu berkata, unjuran itu adalah sejajar dengan jualan Mazda (unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 4,100 unit berbanding 3,300 unit pada suku tahun lalu) yang kukuh dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) antara 11% hingga 12%.

 

"Jangkaan itu adalah bertentangan dengan jangkaan awal kami tentang penguncupan dari suku tahun ke suku tahun disebabkan oleh perbelanjaan A&P yang minimum dalam tempoh tersebut," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, sekiranya kumpulan itu melaporkan unjuran kami pada paras tertinggi pada 3QFY23, mereka akan mencatat rekod baharu dengan melepasi paras RM84 juta yang ditetapkan pada 3QFY19.

 

Katanya, momentum (jualan, margin, pendapatan) harus diteruskan ke 4QFY23, untuk kumpulan itu dan rakan setaranya akan menyampaikan tempahan ketika ketiadaan cukai SST menjelang akhir Mac 2023.

 

"Kami meningkatkan unjuran pendapatan FY23 sebanyak 16% dengan prospek magin EBIT yang lebih tinggi dalam usaha untuk mencipta rekod pendapatan baharu," katanya.

 

Firma itu positif terhadap faktor penyepaduan dan sasaran amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang dipercepatkan.

 

Katanya, kumpulan itu akan meneruskan agenda elektrifikasinya dengan sokongan daripada rakan kongsi utamanya selain akan menambah baik lagi parameter ESG.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM3.30 sesaham. - DagangNews.com