Maybank IB semak turun unjuran pendapatan Greatech kesan peningkatan kos bahan mentah | DagangNews Skip to main content

Maybank IB semak turun unjuran pendapatan Greatech kesan peningkatan kos bahan mentah

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun pendapatan Greatech Technology Berhad untuk FY22/23 sebanyak 28%/9% selepas mengambil kira beberapa isu berkaitan termasuk peningkatan kos bahan mentah akibat inflasi.

 

Firma itu, unjuran itu dibuat berdasarkan pengiktirafan hasil FY22 yang lebih rendah (- 15%) daripada kelewatan untuk siap.

 

Selain itu katanya, mereka berdepan peningkatan kos input (+7%/+5% in FY22/23) kesan kenaikan harga komponen yang disebabkan oleh inflasi dan serta jumlah kakitangan yang banyak.

 

"Walaupun pengurusan berusaha untuk mengurangkan tekanan margin keuntungan pada 2HFY22, kami kekal berhati-hati dengan prospek jangka pendek kumpulan itu,

 

"Bagaimanapun, kami mengekalkan unjuran pendapatan untuk FY24," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022(2QFY22) menyusut sebanyak 34.43% kepada RM25.17 juta berbanding RM38.38 juta setahun lalu akibat peningkatan kos serta gangguan rantaian bekalan.

 

Hasil pendapatan suku tahunan kumpulan juga susut sebanyak 13.39% kepada RM118.1 juta berbanding RM136.36 juta pada tahun sebelumnya.

 

Firma itu berkata, margin keuntungan kumpulan itu terus dihimpit akibat kenaikan harga komponen untuk projek solar mereka selain bayaran  subkontrak pihak ketiga yang lebih tinggi bagi memastikan kereja siap mengikut jadual.

 

"Kumpulan juga berdepan peningkatan dalam pampasan dan faedah pekerja selaras dengan bilangan pekerja yang semakin meningkat," katanya.

 

Firma itu meyemak turun penarafan kumpulan daripada 'beli' kepada 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM3.90. - DagangNews.com