MB Inc komited bantu jayakan Program Tuisyen Cikgu Saarani | DagangNews Skip to main content

MB Inc komited bantu jayakan Program Tuisyen Cikgu Saarani

Datin Seri Aezer Zubin semasa melancarkan Program Tuisyen Cikgu Saarani di Ipoh baru-baru ini.
oleh ZAKI SALLEH

IPOH 12 Nov - Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) komited dalam soal pendidikan apabila meneruskan komitmen dalam menjayakan Program Tuisyen Cikgu Saarani.

 

Program inisiatif kerajaan negeri Perak ini diperkenalkan pada Februari tahun lalu untuk membantu pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.

 

Ia telah memberi manfaat kepada 200,000 pelajar  di seluruh negeri Perak khususnya daripada keluarga yang berpendapatan rendah (B40).

 

MB Inc dalam kenyataan berkata, pihaknya  adalah salah satu agensi kerajaan negeri yang turut menyumbang dan bersama-sama menyokong inisiatif pendidikan.

 

Menurut kenyataan itu, MB Inc sentiasa menyokong usaha memperkasakan program kesejahteraan rakyat khususnya bagi sektor pendidikan.

 

"MB Inc. turut berbesar hati dapat menyumbang semula kepada kerajaan negeri bagi pembangunan pendidikan generasi muda Perak.

 

"Justeru, kami berharap agar program ini akan terus melonjakkan prestasi akademik, merapatkan jurang pendidikan dan sekali gus menjadi pemangkin pembangunan modal insan," ujar kenyataan itu.

 

Sebelum ini, majlis pelancaran Program Tuisyen Cikgu Saarani yang bertemakan Transisi Ke Arah Perak Sejahtera 2022-2023 telah disempurnakan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin pada Selasa lepas. - DagangNews.com