Memikirkan semula dunia kita dan profesion perakaunan | DagangNews Skip to main content

Memikirkan semula dunia kita dan profesion perakaunan

ACCA menyeru profesional kewangan merebut peluang kerjaya yang dibentangkan oleh perubahan pasaran yang berterusan dan pandemik, berkongsi solusi dan alatan untuk dekad akan datang.
Oleh ANDREW LIM

KEMAJUAN teknologi, perubahan ekosistem ekonomi, dan faktor terbaru, pandemik sejagat memainkan peranan utama dalam mengubah dunia dan profesion perakaunan.

 

Perkembangan ini dirakam dalam laporan wawasan profesional terbaharu terbitan ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun), yang menyokong keperluan untuk membiayai profesional kewangan bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran kritikal supaya terus berdaya saing dalam dekad akan datang.

 

Di ACCA, kami mengutamakan usaha untuk mempelajari perubahan tersebut dan bagaimana ia memberi kesan kepada dunia dan profesion hari ini. Penyelidikan kami di seluruh dunia mendapati bahawa perkembangan yang berterusan ini berlaku dengan pantas dan memerlukan tindakan segera.

 

Inilah masanya untuk menerima peranan baharu, mempelajari kemahiran baharu, dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini landskap ekonomi dan global melalui pembelajaran yang berterusan dan pembangunan profesional.

 

Sebagai komitmen berterusan untuk membantu akauntan profesional dan pelajar supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa, ACCA telah memastikan inisiatif Qualifications, CPD dan sumber dalam taliannya menggambarkan keperluan sebenar yang terkini, mengasah kebolehan untuk melahirkan graduan dan pemimpin kewangan yang berkemahiran tinggi serta mendapat permintaan kerana kemampuan mereka memberi saranan berharga dan strategik untuk organisasi pada masa hadapan.

 

 

Andrew Lim
                                       ANDREW LIM

 

Tiga bidang peluang utama, dan alatan yang tersedia untuk pembangunan profesion ini, terletak pada pengembangan teras transfomasi digital; meningkatkan fokus kepada kepentingan kemampanan; dan mengukuhkan kemahiran serta pemikiran untuk memainkan peranan sebagai ‘penghubung-super’ di dalam organisasi:

 

Data, Teknologi dan Profesion

Dalam kebanyakan landskap korporat hari ini, teknologi terus menjadi kuasa pengganggu yang memberi kesan dan menyusun semula industri di seluruh dunia.

 

Sebagai teras fungsi perniagaan, sektor perakaunan perlu menerima dan menggunapakai teknologi baharu untuk membolehkan mereka mengemudi dan meneraju organisasi dengan lebih baik ke arah mencapai kemampanan kewangan dan kejayaan dalam jangka masa panjang.

 

Kursus-kursus ACCA Qualification dan Pembangunan Profesional Berterusan ACCA (CPD) direka untuk melengkapkan profesional perakaunan dan kewangan dengan pengetahuan, kemahiran dan kepekaan terhadap inovasi dalam tenologi digital serta kesannya terhadap profesion kewangan.

 

Selain itu, rangkaian ahli dan forum pakar turut dianjurkan sepanjang tahun bagi membuka peluang kepada ahlinya dan bakal ahli memahami bagaimana teknologi boleh mewujudkan nilai untuk mereka dan organisasi mereka.

 

Pensijilan seperti Sijil ACCA dalam Analisis Perniagaan, iaitu kursus CPD secara dalam talian selama 12 minggu yang akan dilancarkan pada 21 Mac, dibangunkan untuk membantu profesional meningkatkan pemahaman mereka mengenai kaedah dan teknik analisis data selain mempelajari cara membangunkan wawasan berpacukan data bagi menyokong proses membuat keputusan di organisasi mereka.

 

Program pengukuhan berteras teknologi lain yang dijalankan oleh ACCA merangkumi kursus seperti Sijil Fin Tech untuk Kewangan, Pembelajaran Mesin dengan Phyton untuk Profesional Kewangan dan Pemprosesan Robotik dan Automasi Pintar untuk Kewangan, yang menyediakan pandangan praktikal pada penyepaduan teknologi FinTech seperti AI, pembejalaran mesin dan automasi pintar untuk mengubah operasi kewangan dan model perniagaan dalam organisasi, di samping menangani keperluan keselamatan siber.

 

Melihat kepada kepesatan perkembangan teknologi blockchain untuk industri perakaunan, ACCA turut menawarkan kursus dalam talian Teknologi Bitcoin dan Blok Rantai bagi memperkenalkan peserta kepada asas-asasnya, termasuklah senario sebenar teknologi mata wang kripto dan blockchain, selain  kursus tambahan mengenai perlombongan kripto.

 

 

ACCA

 

 

Kemampanan dan Profesion

Bidang peluang yang kedua pula membabitkan kesedaran kemampanan seperti kecemasan iklim dan ketidaksamaan sosial kerana akauntan kini mempunyai peranan lebih besar dalam melaporkan risiko iklim, kepelbagaian dan amalan keterangkuman secara lebih meluas, di samping memacu tadbir urus korporat dalam organisasi.

 

Mengambil kira keperluan untuk kepakaran dalam kemampanan yang kian meningkat, baru-baru ini ACCA merasmikan perjanjian dengan UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB), antara kerjasama lain yang berlandaskan kemampanan, untuk memacu pendidikan, peningkatan kemahiran dan advokasi alam sekitar dalam kalangan profesional kewangan.

 

ACCA juga mempunyai koleksi penyelidikan dan lain-lain sumber di Hab Kemampanan  bersepadunya untuk melengkapkan usaha pendidikan CPD sedia ada, yang merangkumi kursus Sijil Kemampanan untuk Kewangan bertujuan meningkatkan pengetahuan profesional kewangan dalam menaksir rantaian nilai perniagaan dan model operasi yang berkaitan dengan isu kemampanan. Ia menangani implikasi kewangan yang dikaitkan dengan risiko perubahan iklim dan pendekatan dalam tafsiran data ESG.

 

Kolaborasi, Inovasi dan Profesion

Hari ini, berikutan pandemik dan kemunculan sistem perakaunan berkomputer, profesion ini juga melihat struktur kolaborasi dan kerja jarak jauh yang lebih besar. Perkembangan tempat kerja ini menawarkan peluang untuk mengguna pakai kemahiran dan pengetahuan baharu, khususnya dalam bidang kolaborasi, pemikiran strategik dan kreatif.

 

Salah satu faktor yang diketengahkan dalam penyelidikan ACCA ialah pasukan kewangan kini menjadi pusat proses membuat keputusan di seluruh organisasi.

 

Pada masa hadapan, mereka akan mempunyai peluang untuk memainkan peranan sebagai ‘penghubung-super’ di dalam organisasi, menterjemahkan konsep strategik ke dalam operasi perniagaan yang cekap dan menyatukan unit-unit perniagaan yang berbeza untuk mencapai matlamat yang sama.

 

Di ACCA, menjalin kolaborasi strategik dengan badan perakaunan dan universiti adalah usaha intrinsik kami untuk membantu membina dan mengembangkan kelompok bakat tempatan.

 

Perkongsian kami dengan majikan global juga telah menyediakan peluang untuk profesional kami bekerja di mana-mana sahaja di dunia dengan adanya sokongan jaringan antarabangsa yang kukuh antara ahli ACCA.

 

Hasil perkongsian ini juga disalurkan kembali kepada kemudahan yang disediakan untuk ahli kami seperti portal Kerjaya ACCA di mana hampir setiap bulan ia memaparkan lebih 20,000 pekerjaan dengan peluang global untuk profesional perakaunan di semua peringkat. Bahkan, ia juga menawarkan nasihat kerjaya dan jemputan untuk menyertai pesta kerjaya maya kami yang diadakan sepanjang tahun.

 

Selaku penghubung super, ACCA juga menumpukan banyak usahanya untuk meningkatkan kecekapan rangka kerja dan alatan bagi membantu memupuk keupayaan teras profesional kewangan yang berjaya dan mampan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.

 

 

ACCA

 

 

Career Navigator yang baru dilancarkan membolehkan ahli dan bakal ahli kami merancang laluan kerjaya impian mereka dengan lebih baik selain menyediakan latihan atau CPD khusus yang diperlukan untuk mengembangkan peranan masing-masing.

 

Terdapat permintaan yang tinggi untuk profesional yang mampan dan berfikiran ke hadapan, di semua sektor di seluruh dunia. Kami percaya Career Navigator ini boleh memberi satu lagi rangsangan kepada kerjaya profesional kewangan.

 

Mengetahui kemahiran apa yang anda perlukan sekarang dan pada masa hadapan adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang dalam kerjaya dan perniagaan. Alat online kami menyatukan semua yang anda perlukan untuk memandu anda ke arah kejayaan.

 

Pada asasnya, ACCA tetap komited dengan legasinya selama lebih 117 tahun demi membangunkan standard kecekapan profesional yang tertinggi dalam perakaunan.

 

Dari penyelidikannya dalam mengenal pasti pemacu utama perubahan sehinggalah kepada pembangunan alat untuk membantu membentuk peranan profesional kewangan pada masa depan, ACCA meneruskan tradisi berfikir jauh ke hadapan memastikan akauntan memaksimumkan peranan mereka dalam memacu perubahan positif kepada dunia, di samping mempunyai kebolehan untuk memanfaatkan peluang baharu yang muncul daripada perubahan tersebut supaya mereka akan menjadi profesional perniagaan dan kewangan yang mampan pada masa kini dan akan datang. - DagangNews.com

 

 

Andrew Lim, Ketua Portfolio Interim ACCA Maritime Asia Tenggara