MICHELIN lanjutkan tawaran `MICHELIN X Multi Z 2' untuk trak tahun ini | DagangNews Skip to main content

MICHELIN lanjutkan tawaran `MICHELIN X Multi Z 2' untuk trak tahun ini

KUALA LUMPUR 1 Julai  MICHELIN, syarikat tayar terkemuka di dunia, terus menyuntik pelaburan ke dalam pasaran tayar trak serantau dengan tawaran-tawaran saiz baharu untuk MICHELIN X MULTI Z 2 ahli terkini dalam barisan produk terlaris MICHELIN di rantau Asia Timur dan Australia.

 

Dilengkapi dengan teknologi perintis yang terbaharu, tayar yang dirumus untuk semua posisi bagi operasi Serantau dan Lebuh Raya ini merupakan antara produk yang terus menawarkan jangka hayat yang terbaik dalam pasarannya selain prestasi yang dinaik taraf – satu tahun selepas ia diperkenalkan buat julung kali.

 

Pengarah Komersial B2B untuk MICHELIN Malaysia, Muhammad Arya Subrata berkata, pihaknya berbangga untuk mempersembahkan produk baharu dalam barisan MICHELIN X MULTI Z 2 yang menyediakan pelbagai jenis saiz.

 

Katanya, pasaran tayar trak merupakan segmen penting yang memangkin aktiviti ekonomi buat negara, dan kini ia memainkan peranan yang amat mustahak, ketika negara ini menginjak masuk ke satu lagi fasa perintah kawalan pergerakan di Malaysia.

 

"Dengan pengenalan tiga revolusi teknologi yang utama, MICHELIN X MULTI Z 2 menawarkan ciri keselamatan yang bertaraf tinggi buat para pelanggan bersasar kami dan membantu memenuhi jangka waktu pengangkutan dan keefisienan mereka – justeru meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kos untuk perniagaan masing-masing,” ujar beliau dalam kenyataan di sini.

 

Saya yakin MICHELIN X MULTI Z 2 bakal merevolusi pasaran tayar trak di seluruh rantau ini dengan keupayaan luar biasanya, serta nilai yang dibawakan buat pelanggan-pelanggan perusahaan jentera berat,” ujar Muhammad Arya.

 

MICHELIN X MULTI Z 2 kini boleh didapati dalam dua lagi dimensi yang baharu: 295/80R22.5 dan 12R22.5 – berserta 11R22.5 yang asal, di semua pusat pengedaran tayar trak Michelin yang bertauliah di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.

 

Tiga revolusi teknologi yang diperkenalkan melalui MiCHELIN X MULTI Z 2 ialah: REGENION, aluran (grooves) tayar yang berlainan bentuk menjamin canggaan (deformation) bunga tayar yang minimum, justeru menyumbang kepada rintangan guling yang lebih rendah, selain menjimatkan penggunaan bahan api. Berbekalkan teknik pencetakan logam 3D yang terbaharu, aluran longitud pada tayar ini mampu pulih semula sementara tayar tersebut melalui proses kehausan, ia dapat menawarkan tahap cengkaman yang tinggi sepanjang kitar hayatnya dalam apa jua cuaca, serta mengurangkan kadar kehausan sekali gus menyumbang kepada jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 20% lebih panjang berbanding produk terdahulu, MICHELIN X MULTI Z1;

 

INFINICOIL, menampilkan lapisan bunga tayar yang diperkukuhkan dengan dawai keluli berukuran sehingga 400 meter di dalam selongsongnya, berdasarkan saiz tayar. Dawai keluli berkekuatan tinggi ini meningkatkan tahap keteguhan tayar, lantas mengoptimumkan permukaan tayar yang bersentuhan dengan lantai dan membekalkan jarak perbatuan yang lebih tinggi. Teknologi tersebut menawarkan tahap stabiliti yang lebih baik sepanjang hayat tayar berkenaan, di samping membantu mengurangkan risiko kehilangan tekanan yang boleh berlaku secara mengejut untuk menjamin kawalan kenderaan yang baik, melanjutkan keupayaan mobiliti walaupun ketika mengalami masalah pancit, serta memperbaiki aspek kehausan yang tidak sekata kerana ia meratakan permukaan tayar yang bersentuhan dengan lantai justeru, menyumbang kepada kadar perbatuan yang lebih tinggi, serta mengurangkan insiden kerosakan yang tidak dijangka; dan

 

HT NYLON, meningkatkan ketahanan lekuk (bead) tayar yang bukan sahaja membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar yang berhubung kait dengan penggunaan berjarak jauh/berkelajuan tinggi serta kitar penggunaan berterusan sebanyak 10%2, malah meningkatkan tahap keupayaan untuk mencelup tayar (retreadability) berkenaan. - DagangNews.com