MIDF Research kekal saranan 'beli terhadap IHH Healthcare, TP RM7.96 | DagangNews Skip to main content

MIDF Research kekal saranan 'beli terhadap IHH Healthcare, TP RM7.96

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Sept - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap IHH Healthcare Berhad dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM7.96.

 

Firma itu mengulangi saranan positif itu berdasarkan kekuatan kunci kira-kira kumpulan itu, kerjasama tempatan, serantau dan antarabangsa yang cekap dan fokus kepada agenda kelestarian.

 

"Kami percaya visi kumpulan terhadap amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk penjagaan kesihatan akan menjadi nilai tambah positif kepada prestasi kukuh kewangan kesan daripada pertambahan pelancong perubatan pasca pandemik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Kumpulan itu berhasrat mengembangkan perniagaannya seiring dengan mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

 

Kumpulan itu akan terus mengetuai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk komited dalam mengehadkan pelepasan karbon di dalam seluruh operasinya bermula 2025 dan seterusnya bermula 2022 sebagai asas.

 

IHH mendedahkan objektif kemampanannya, yang diringkaskan dalam empat tonggak utama - Pesakit, Rakyat, Awam dan Planet menerusi jejak antarabangsanya serta kerjasama mantap dan sumber yang cekap.

 

Matlamat yang ditetapkan setiap tonggak adalah keteoatan masa, berasaskan sains dan sejajar dengan lapan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UNSDG), yang mana kumpulan itu akan menjejaki dan memantau dalam jangka pendek hingga sederhana.

 

Firma itu berkata, matlamat kemampanan kumpulan itu adalah untuk jangka panjang dan ia adalah sehingga ia memenuhi aspirasi karbon sifar bersihnya menjelang 2050.

 

"Atas dasar itu tiada sebarang perubahan unjuran dibuat terhadap kumpulan itu," katanya. - DagangNews.com