MIDF Research kekal saranan 'beli' terhadap Pintaras Jaya, didorong aliran menaik sektor pembinaan di Singapura | DagangNews Skip to main content

MIDF Research kekal saranan 'beli' terhadap Pintaras Jaya, didorong aliran menaik sektor pembinaan di Singapura

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Okt - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham Pintaras Jaya Berhad dengan harga sasaran (TP) RM2.82 selepas melihat potensi kumpulan itu menjadi antara penerima manfaat daripada aliran menaik sektor pembinaan di Singapura.

 

Firma itu berkata, sektor pembinaan negara itu dijangka berkembang antara 12% hingga 23.6% bermula CY22 hingga CY26.

 

"Anak syarikatnya di Singapura, Pintary International Pte Ltd adalah antara lima pemain utama dalam industri asas dan geoteknik negara jiran dan kami percaya kumpulan itu boleh memanfaatkanny untuk memenangi kontrak berkualiti pada FY23.

 

"Selain itu kami melihat prospek untuk sektor pembinaan di Malaysia juga bertambah baik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu menerusi Pintary berjaya mendapatkan enam kontrak kerja-kerja cerucuk bernilai RM192 juta di Singapura.

 

Projek-projek itu bermula Oktober 2022 dengan tempoh kontrak antara tiga hingga 18 bulan yang dijangka menyumbang secara positif kepada kumpulan bagi tahun kewangan 2023.

 

Firma itu berkata, sektor pembinaan di Singapura pada umumnya lebih berdaya saing berbanding Malaysia dan menjangkakan kesemua enam projek itu akan menyumbang keuntungan bersih sebanyak RM9.6 juta kepada kumpulan itu.

 

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, hasil pembinaan Pintaras Jaya meningkat sebanyak 20% kepada RM401.8 juta tetapi keuntungan sebelum cukai (PBT) merosot sebanyak 13% kepada RM48 juta kerana kenaikan harga bahan mentah, bahan api, kos tenaga pekerja dan produktiviti yang rendah.

 

FY22 berakhir 30 Jun, hasil pembinaan Pintaras Jaya meningkat +20% lebih tinggi pada RM401.8 juta tetapi PBTnya merosot -13% kepada RM48 juta, disebabkan oleh harga bahan mentah yang lebih tinggi, bahan api, kos buruh dan produktiviti yang lebih rendah.

 

"Lebih 80% daripada hasil pembinaan kumpulan datang daripada operasi di Singapura," katanya. - DagangNews.com