MIDF Research kekal saranan 'beli' untuk Superlon Holdings dengan TP lebih rendah | DagangNews Skip to main content

MIDF Research kekal saranan 'beli' untuk Superlon Holdings dengan TP lebih rendah

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Sept - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' untuk Superlon Holdings Berhad dengan harga sasaran (TP) 82 sen, lebih rendah berbading RM1.02 sen sebelum ini.

 

Firma itu juga menyemak turun unjuran pendapatan bagi FY23 dan FY24 masing-masing 39% dan 26% selain menyelaraskan semula unjuran margin selepas mengambil kira peningkatan kos bahan mentah.

 

Katanya, kos pengangkutan mula mencatatkan penurunan tetapi masih tinggi dija dibandingkan dengan keadaan sebelum pandemik.

 

"Kami percaya, normalisasi kos logistik secara berperingkat akan menyokong pemulihan permintaan daripada pasaran eksport yang sebelum ini menyumbang lebih daripada 50% hasil keseluruhan kumpulan.

 

"Bagaimanapun kumpulan itu tetap berhadapan dengan beberapa risiko seperti ketidakstabilan harga bahan mentah, kadar tukaran asing yang tidak menguntungkan serta gangguan rantaian bekalan berterusan kesan daripada peningkatan kos penghantaran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu merekodkan hasil yang lebih tinggi iaitu RM29.8 juta iaitu pertambahan 16.1% pada 1QFY23 didorong permintaan tinggi daripada pasaran eksport dan domestik.

 

Bagaimanapun, margin keuntungan kumpulan itu terkesan akibat kenaikan harga bahan mentah selain sumbangan yang tinggi daripada pasaran dengan margin yang rendah membuatkan keuntungan teras bersih (CNP) mereka turun sebanyak 10% kepada RM1 juta.

 

"Hasil kumpulan melonjak 55.3% disokong oleh jualan yang lebih tinggi berikutan kelonggaran sekatan dan penutupan dalam pasaran domestik dan eksport," katanya. - DagangNews.com