KUALA LUMPUR 3 Nov - MIDF Research kekal positif terhadap sektor perbankan berdasarkan kenaikan dasar semalaman (OPR) dan pendapatan faedah bersih (NII).
Firma itu berkata, secara keseluruhan pinjaman berkembang dengan stabil dan September 2022 berkembang pada kadar 6.4% dari tahun ke tahun dan 0.6% dari bulan ke bulan.
Katanya, secara tahunan, perkembangan pinjaman adalah pada kadar 5.8% dan perkembangan pinjaman memuncak pada kadar 6.8% pada bulan lalu.
"Pertumbuhan pinjaman dijangka berkurangan dalam 1HCY23 dengan kecairan yang tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, pinjaman runcit meningkat sebanyak 7.5% manakala pinjaman sewa beli terus bertindak sebagai pemacu pemacu teras, walaupun pinjaman tidak bercagar mencatatkan peningkatan cemerlang 4.8% dari bulan ke bulan.
Katanya, pinjaman kad kredit membentuk 1.9% daripada pinjaman keseluruhan, meningkat 15.5% dari tahun ke tahun.
"Jumlah pembelian di Malaysia oleh pemegang kad tempatan merosot sedikit daripada kemuncak Ogos 2022, manakala pembelian oleh pemegang kad asing adalah mendatar," katanya.
Firma itu berkata, pijamanan perniagaan merosot kepada 5.3% dari tahun ke tahun tetapi meningkat sebanyak 0.5% dari bulan ke bulan.
"Modal kerja kekal tidak berubah dari bulan ke bulan walaupun pijaman bukan kediaman, pembinaan dan pinjaman sekuriti menyaksikan pertumbuhan yang baik," katanya. - DagangNews.com