OPR dijangka kekal pada paras 3% sehingga akhir 2023, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

OPR dijangka kekal pada paras 3% sehingga akhir 2023, kata Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Mei - Kenanga Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 3% hingga akhir 2023.

 

Firma itu berkata, OPR itu dijangka kekal selepas mengambil kira ketiadaan sebarang kejutan luaran terhadap pertumbuhan dan gangguan inflasi.

 

Katanya, pada mesyuarat Jawatakuasa Dasar Moentarai (MPC) pada Januari lalu, BNM memutuskan untuk mengekalkan kadar OPR semasa bagi menilai kesan kumulatif pelarasan sebelum ini 

 

Katanya, data paling ketara sejak itu ialah bacaan inflasi teras pada Mac 2023 menunjukkan penurunan inflasi kepada 3.8% daripada 4.2% pada November 2022.

 

"Di sebalik kenaikan kadar 25 mata asas yang tidak dijangka baru-baru ini oleh BNM, kami mengekalkan andaian utama kami bahawa kenaikan kadar yang dilaksanakan sepatutnya mencukupi untuk mengurangkan lagi inflasi sambil mengekalkan pertumbuhan ekonomi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, MPC BNM menaikkan OPR bank pusat sebanyak 25 mata asas kepada 3% menyebabkan kadar siling dan tingkat lantai koridor OPR juga masing-masingnya meningkat kepada 3.25% dan 2.75%.

 

Ekonomi global terus didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang kukuh, dan pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.

 

Bagaimanapun, ekonomi global terus dibelenggu oleh tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.

 

Firma itu berkata, walaupun ringgit didagangkan pada paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), riggit dijangka mengukuh pada kadar 4.35 menjelang akhir suku kedua 2023.

 

Katanya, mata wang tempatan itu mungkin terus meningkat disebabkan oleh prospek pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh dan kemunculan semula sentimen berisiko, berpotensi pada suku keempat 2023 apabila Fed mula mengurangkan kadar. - DagangNews.com