AWC peroleh kontrak RM30.5 juta daripada KCJ Engineering bagi perkhidmatan pembersihan bangunan JB Sentral | DagangNews Skip to main content

AWC peroleh kontrak RM30.5 juta daripada KCJ Engineering bagi perkhidmatan pembersihan bangunan JB Sentral

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Okt - AWC Bhd menerusi Ambang Wire Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM30.5 juta daripada KCJ Engineering Sdn Bhd bagi perkhidmatan pembersihan di bangunan JB Sentral, Johor Baharu.

 

Kontrak itu adalah bagi tempoh 54 bulan bermula 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2029.

 

Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden Kumpulan AWC, Datuk Ahmad Kabeer berkata, kontrak itu merupakan yang pertama diraih bahagian fasilit sejak Januari 2024 dab ia mengesahkan komitmen kumpulan terhadap segmen perniagaan itu.

 

"Walaupun saiz kontrak mungkin tidak terlalu besar, bahagian itu kekal sebagai asas perniagaan kumpulan dan kami yakin ia akan terus menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan keseluruhan kami dalam jangka Panjang," katanya dalam atu kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, Johor Bahru menyaksikan peningkatan ketara dalam aktiviti ekonomi dan komersial, dan dengan kehadiran pihaknya negeri itu, kumpulan itu berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang tambahan yang mungkin timbul.

 

Katanya, kumpulan itu digalakkan oleh banyak kemenangan kontrak baru-baru ini yang menyumbang secara positif kepada penambahan buku pesanannya untuk tahun ini, memastikan buku pesanan mereka kukuh pada paras melebihi RM700 juta. 

 

"Kami menantikan lebih banyak kemenangan kontrak seperti itu daripada buku tender kami hanya melebihi RM1 billion," katanya.- DagangNews.com