Pasaran automotif lemah, TA Securities unjur prospek jangka pendek Malaysian Pacific Industries kekal mencabar | DagangNews Skip to main content

Pasaran automotif lemah, TA Securities unjur prospek jangka pendek Malaysian Pacific Industries kekal mencabar

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Prospek jangka pendek Malaysian Pacific Industries Bhd diunjur kekal mencabar disebabkan pasaran automotif yang lemah selain kadar kadar tukaran mata wang asing yang tidak menggalakkan.

 

Bagaimanapun, TA Securities berkata, pengurusan kumpulan memberi gambaran, idustri semikonduktor di China sedang menunjukkan momentum perkembangan positif. 

 

Katanya, perkara itu memberikan trend peningkatan dalam jualan di seluruh China dan memberi manfaatkepada kilangnya di Suzhou.

 

"Walaupun melihat persaingan semakin meningkat, kumpulan itu tidak akan mengambil bahagian dalam perang harga dan sebaliknya akan menumpukan kepada usaha melindungi keuntungan dan marginnya.

 

"Selain itu, pihak pengurusan juga memberi panduan bahawa syarikat itu pada masa ini mempunyai buku pesanan yang sihat dan kekal optimis, pendapatan akan meningkat secara beransur-ansur pada FY25, di samping jangkaan pemulihan dalam permintaan semikonduktor global.

 

"Melangkah ke hadapan, kumpulan itu akan terus mengguna pakai strategi berteraskan automotif, kerana pihak pengurusan yakin bahawa prospek jangka panjang bagi pasaran automotif kekal cerah," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan lonjakan untung bersih kepada RM82.9 juta ada suku keempat berakhir 30 Jun 2024 (4QFY24) berbanding RM8.1 juta disokong hasil sebanyak RM532.8 juta berbanding RM482.4 juta.

 

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24) untung bersih kumpulan itu melonjak kepada RM164.4 juta berbanding RM61.3 juta dengan hasil sebanyak RM2.09 bilion berbanding RM2.04 bilion pada FY23.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pengurusan mengesahkan komitmennya untuk terus melabur dalam teknologi baharu bagi meriah pelung perkembangan seterusnya.

 

Katanya, dengan tunai bersih kukuh sebanyak RM1 bilion, kumpulan itu akan melabur dalam kenderaan elektrik, teknologi silikon karbida dan galium nitrida, pembungkusan termaju, ujian 5G dan sensor MEMS.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak RM38.20 sesaham," katanya. - DagangNews.com