KUALA LUMPUR 19 Jun - Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyarankan agar kawalan ketat dilakukan terhadap jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka bagi memastikan industri automotif kekal berdaya saing.
Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, jumlah syarikat yang menerima AP terbuka perlu dikawal bagi memastikan tidak lambakan syarikat yang mungkin menyebabkan syarikat tidak berdaya saing dalam pasaran.
“Pemilihan teliti perlu dilakukan bagi memastikan hanya syarikat yang mampu menyumbang secara positif kepada industri automotif diberi peluang, dengan penekanan kepada kualiti berbanding kuantiti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7382133619302747393.jpg?itok=Shir_n17","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7382133619302747393?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Terdahulu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Bumiputera yang berminat untuk memohon Permit Import, berkuatkuasa 1 Julai 2024 menerusi perubahan terbaharu Dasar AP Terbuka.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.
ARTIKEL BERKAITAN: MITI perkenal Dasar AP Terbuka kepada syarikat Bumiputera lain, termasuk yang tidak pernah terbabit dalam automotif
Mohamed Nazari berkata, keutamaan perlu diberikan kepada pemain industri yang telah menunjukkan keupayaan dan pengalaman dalam bidang automotif.
"Keutamaan harus diberikan kepada syarikat-syarikat yang benar-benar layak dari segi pengalaman dan modal," katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan sekiranya syarikat-syarikat yang dilantik tidak mempunyai pengalaman kerana ia akan mengakibatkan kerugian besar kerana kenderaan terpakai (recond) mempunyai kadar susut nilai yang tinggi.
"PEKEMA bimbang sekiranya syarikat yang dilantik tiada pengalaman ini boleh mengakibatkan syarikat mengalami kerugian kerana kereta recond ada susut nilai yang ketara," katanya. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/3xsC-q8DSbk.jpg?itok=xUUAqief","video_url":"https://youtu.be/3xsC-q8DSbk","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}