Pelajar Universiti Teknologi Petronas dapat pengalaman berharga ikuti program tanam pokok bakau di Lumut | DagangNews Skip to main content

Pelajar Universiti Teknologi Petronas dapat pengalaman berharga ikuti program tanam pokok bakau di Lumut

Sebahagian daripada pelajar UTP yang menyertai program menanam pokok bakau di Lumut.
Oleh Zaki Salleh

MANJUNG 4 Okt - Sekumpulan 42 pelajar yang juga ahli Rotaract Club Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar memperoleh pengalaman berharga apabila mengikuti Program Tanaman Pokok Bakau di Taman Paya Bakau Bandar Lumut.

 

Program tersebut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa).

 

Turut terlibat ialah wakil Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Unit Lanskap MPM.

 

Taman

 

Tanah

 

Taman Paya Bakau Bandar ini merupakan satu-satunya taman seumpama itu yang terletak di kawasan bandar kerana lokasinya tidak jauh dari pekan Lumut dan Manjung.

 

MPM pula telah menubuhkan satu unit untuk mengelola sepenuhnya taman ini bagi tujuan memantau kerja-kerja penyelenggaraan.

 

Lokasi ini juga menjadi menjadi tempat kajian dan aktiviti program penanaman anak benih paya bakau oleh pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Taman
Taman Paya Bakau Bandar di Lumut merupakan satu-satunya taman seumpama ini di Malaysia.

 

Sebelum program dimulakan, para peserta telah mendengar taklimat ringkas tentang ekosistem hutan paya bakau daripada pihak Kuasa 

 

Antaranya menyentuh keunikan dan kepentingan paya bakau di daerah Manjung serta meninjau kawasan taman ini dalam mempelajari spesies pokok bakau.  

 

Seterusnya, aktiviti mengutip anak benih untuk tujuan penyemaian anak pokok bakau pada sesi akan datang di sekitar kawasan tersebut. 

 

Bakau

 

Sebanyak 30 pokok bakau ditanam sebagai simbolik penanaman selain aktiviti menabung (soil bagging) yang mana sebanyak 420 polibag berisi tanah disiapkan.

 

Ini bagi kegunaan untuk menyemai anak benih pokok bakau pada masa hadapan.- DagangNews.com