Peluang menangi pakej percutian bernilai RM5,000 bersama Allianz | DagangNews Skip to main content

Peluang menangi pakej percutian bernilai RM5,000 bersama Allianz


NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 11 Nov - Orang ramai berpeluang memenangi pakej percutian domestik bernilai RM5,000 apabila membeli atau memperbaharui polisi Allianz Travel Care atau Allianz Travel Easy bermula hari ini hingga 31 Disember ini. 

 

Pembelian kedua-dua polisi secara tahuhan akan melayakkan seorang pelanggan mendapatkan tiga penyertaan manakala untuk pelan dewasa atau warga emas akan melayakkan seorang pelanggan mendapatkan satu penyertaan.

 

Bagi pembelian insurans tersebut untuk keluarga bagi perjalanan tunggal, pelanggan layak untuk mendapatkan dua penyertaan.

 

“Kami dapat rasakan bagaimana menjalani perintah kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan membuatkan kita semua kekal di rumah.

 

alliazs
Horst Habbig

 

"Kini dengan pembukaan sempadan negeri, pelanggan boleh menikmati percutian yang diidamkan itu dengan selamat bersama Allianz Travel Care dan Allianz Travel Easy.

 

“Hidup dalam situasi COVID-19 bermakna kita harus sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan, jadi manfaat baharu Allianz Travel Care untuk perjalanan domestik kini mempunyai perlindungan deposit atau pembatalan perjalanan dan gangguan perjalanan tanpa premium tambahan yang diperlukan," kata Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), Horst Habbig dalam satu kenyataan.

 

Lima pemenang akan dipilih setiap bulan menerusi cabutan yang akan diadakan bulan ini dan bulan hadapan.

 

Allianz General juga menganjurkan Kempen Dana Allianz TravelCare COVID-19 dari 25 Oktober hingga 31 Disember 2021, dengan pelanggan akan menerima pembayaran sekaligus apabila disahkan positif COVID-19 dalam Tempoh Sah Perlindungan yang ditetapkan.

 

Pembayaran untuk Kempen Dana Allianz TravelCare COVID-19 ialah antara RM1,000 setiap keluarga (perjalanan domestik), RM5,000 setiap keluarga (perjalanan Asia atau Asia dan domestik), atau RM10,000 setiap keluarga (perjalanan seluruh dunia atau seluruh dunia dan domestik) untuk sebuah pelan keluarga, bergantung kepada pelan. 

 

Selain itu, pembayaran Kempen Dana Allianz TravelCare COVID-19 untuk pelan dewasa atau warga emas adalah antara RM500 (perjalanan domestik), RM2,500 (perjalanan Asia atau Asia dan domestik), atau RM5,000 (perjalanan seluruh dunia atau seluruh dunia dan domestik).-DagangNews.com