Pemberian vaksin meningkat kepada 4.4 juta dos | DagangNews Skip to main content

Pemberian vaksin meningkat kepada 4.4 juta dos

Vaksinasi COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Jun - Sebanyak 128,912 lagi dos vaksin COVID-19 berjaya diberikan semalam.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah yang dicatatkan dalam laporan harian itu meliputi 102,208 dos pertama dan 26,704 bagi dos kedua.

 

Pertambahan jumlah pemberian harian itu secara tidak langsung menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin negara kini mencecah 4.4 juta.

 

.

 

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 3.1 juta adalah pemberian dos pertama dan 1.3 juta adalah pemberian dos kedua.

 

Bagi laporan pemberian dos mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur terus mencatatkan jumlah pemberian vaksin dos pertama yang paling tinggi iaitu sebanyak 552,275 dos.

 

Selangor pula mencatatkan 462,612 jumlah pemberian dos pertama, diikuti Sarawak (324,913), Johor (294,240) dan Perak (235,068).

 

.

 

Sementara itu, Selangor menjadi negeri yang mencatatkan jumlah pemberian dos kedua yang paling tinggi sebanyak 174,302 berbanding negeri-negeri lain.

 

Sarawak dan Johor masing-masing menjadi negeri kedua dan ketiga tertinggi bagi pemberian vaksin dos kedua dengan masing-masing sebanyak 149,227 dan 130,202.

 

Meskipun mencacatatkan pemberian vaksin dos pertama yang tertinggi, Kuala Lumpur bagaimanapun mencatatkan 122,810 bagi pemberian vaksin dos kedua. - DagangNews.com