Pembinaan projek mega dijangka 'suram' sepanjang Oktober | DagangNews Skip to main content

Pembinaan projek mega dijangka 'suram' sepanjang Oktober

Projek mega

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pembinaan projek berskala besar atau projek mega dijangka lebih perlahan sepanjang Oktober 2020.

CGS-CIMB berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada penangguhan pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) jangka masa pertengahan dan jangka panjang.

"Kami mengurangkan jangkaan kami pada Oktober untuk sektor pembinaan susulan laporan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam wawancara bersama Edge Weekly yang menyatakan ERP yang sepatutnya diumumkan pada Oktober ditangguh hingga Disember.

"Oleh itu, ERP dijadualkan akan dibentangkan selepas pembentangan Belanjawan 2021 pada awal November," jelas CGS-CIMB Research.

Susulan itu, CGS-CIMB Research meramalkan peningkatan pembinaan projek mega akan mula berlaku mulai November.

CGS-CIMB Research tetap optimis terhadap potensi hasil projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) yang mungkin dapat mencontohi pelaksanaan model Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Sungapura (JB-Singapura).

Berikutan itu, CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'tambah' saham Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) dan YTL Corp seperti saranan awal terhadap projek awam HSR oleh YTL dan projek pembangunan terminal HSR oleh MRCB.

Selain dua syarikat berkenaan, saranan 'tambah' saham juga dibuat kepada syarikat IJM Corp memandangkan kejayaan dan pencapaian projek mega seperti MRT 1 dan MRT 2 dan MRT 3 yang bakal dijalankan.

Secara keseluruhanya, CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'neutral' terhadap keseluruhan industri pembinaan.

Saranan itu dibuat berdasarkan kepada ketikdastabilan politik yang berpanjangan dan rancangan pemulihan yang tidak dapat dijangka berikutan penangguhan ERP hingga Disember 2020. - DagangNews.com