Pendapatan Aurelius Technologies diunjur lebih kukuh pada 2HFY23 - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Aurelius Technologies diunjur lebih kukuh pada 2HFY23 - Maybank IB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Sept - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan pendapatan Aurelius Technologies Berhad pada 2HFY23 lebih kukuh didorong peningkatan permintaan litar bersepadu berbilang komponen dengan margin keuntungan yang lebih tinggi.

 

Firma itu berkata, selain itu, ia disokong oleh pemulihan operasi yang berpunca daripada kekurangan komponen yang sebelum ini menjejaskan pengeluaran produk dalam memenuhi permintaan pelanggan dalam segmen komunikasi dan internet kebendaan (IoT).

 

Katanya, kos berkesan melepasi kos input yang lebih tinggi kesan daripada kenaikan tarif elektrik dan kenaikan gaji minimum dijangka pada 2HFY23 selain impak bermusim dengan tempahan pukal kebiasaannya dilakukan pada hujug tahun.

 

"Kami difahamkan, kapasiti pembuatan untuk pelanggan meningkat secara berterusan pada 2QFY23.

 

"Hasil yang lebih baik daripada pengeluaran yang lebih tinggi bagaimanapun akan diimbangi oleh kos yang meningkat pada 2QFY23.

 

"Kami menjangkakan pengeluaran untuk pelanggan akan meningkat sekali ganda pada penghujung FY23 berbanding jumlah pengeluaran pada 2QFY23 dengan kapasiti pengeluaran meningkat," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma itu berkata, selain daripada pelepasan kos, kumpulan juga meningkatkan pengurusan inventori dan menyemak mekanisme penetapan harga bagi meningkatkan kecekapan kewangannya.

 

Firma itu menyukai kumpulan itu kerana prospek perkembangan yang sangat baik, pendedahan yang lebih tinggi untuk menambahkan nilai termasuk memanfaatkan rantaian bekalan pelanggan untuk mendapatkan pelanggan baharu.

 

"Kumpulan itu juga memiliki operasi yang berdaya tahan selain disokong strategi untuk mengembangkan sahamnya daripada pelanggan sedia ada," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.03 sesaham. - DagangNews.com