Pendapatan hartanah bersih FY22 Axis REIT dijangka hingga RM6.4 juta | DagangNews Skip to main content

Pendapatan hartanah bersih FY22 Axis REIT dijangka hingga RM6.4 juta

Axis REIT

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Mac. - Pendapatan hartanah bersih (NPI) syarikat Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) dijangka memberi sumbangan hingga RM6.4 juta bagi tahun kewangan 2022.

 

CGS-CIMB Research berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada perjanjian penyewaan terhadap perolahan aset hartanah industri di Bukit Raja, Shah Alam.

 

"Perjanjian penyewaan berserta kenaikan sewa 46% dari tahun kedua iaitu daripada RM416.7k/ setiap bulan dan RM608.4k/ setiap bulan pada tahun pertama.

 

"Berdasarkan kepada campuran margin NPI sebanyak 88% pada tahun kewangan 2020, kami menganggarkan sumbangan NPI tahunan adalah sebanyak RM4.4 juta hingga RM6.4 juta atau 2.9% hingga 4.2% pada tahun kewangan 2022.

 

"Bagaimanapun, pengumuman tersebut menyatakan bahawa adanya peluang penambahbaikan/pembangunan semula kerana aset yang berkeluasan 326.2k kaki persegi itu hanya memenuhi 36% daripada keseluruhan keluasan tanah," jelas CGS-CIMB Research.

 

Rancangan pembangunan semula pergudangan tersebut dapat dipertimbangkan susulan permintaan kemudahan gudang yang tinggi di Lembah Klang.

 

Baru-baru ini, Axis REIT mengumumkan perjanjian jual beli aset hartanah perindustrian dengan nilai RM120 juta.

 

Hartanah tersebut terdiri daripada bangunan satu tingkat, dua bangunan berkembar satu tingkat, kedai berkembar satu tingkat, bangunan pejabat satu tingkat dan bangunan sampingan lain.

 

CGS-CIMB Research memberitahu, perjanjian berkenaan dijangka selesai pada separuh pertama tahun kewangan 2021.

 

Jangkaan perolehan sesaham (EPS) syarikat berkenaan turut ditingkatkan kepada 8&,12% dan 12.8% tahun ke tahun pada tahun kewangan 2021,2022 dan 2023.

 

"Ramalan dividen sesaham (DPS) pula diterjemah kepada hasil dividen yang lebih sesuai iaitu 5.1% hingga 6.3%," tambah CGS-CIMB Research. - DagangNews.com