KUALA LUMPUR 3 Julai - RHB Investment menjangkakan pendapatan Kuala Lumpur Kepong (KLK) Bhd bertambah baik pada 2HFY24 didorong pengeluaran buah tandan segar (BTS) yang kukuh, kos unit lebih rendah dan peningkatan hasil daripada industri hiliran.
Katanya, pendapatan kumpulan juga boleh dirangsang oleh tanah seluas 1,011 hektar di Kulai, Johor yang diperuntukkan pembangunan perindustrian yang menggabungkan tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti solar.
Firma penyelidikan itu berkata, memandangkan cuaca kembali normal, KLK mengekalkan panduan pertumbuhan BTS kumpulan sebanyak 14% tahun ini mengatasi 8.6% yang dicatatkan pada tahun lalu.
Sasaran itu bagaimanapun idak termasuk sumbangan daripada 6,371 hektar tanah baharu yan diperoleh di Indonesia yang boleh meningkatkan hasil antara 2% ke 3%.
"KLK menjangkakan kos unit menjadi sederhana pada 2HFY24F, menjadikan kos FY24 di bawah RM2,000 setiap tan didorong pengeluaran tinggi dan kos baja yang lebih rendah. Penggunaan baja pada 1HFY24 adalah sekitar 50%
"Kami menjangkan penurunan kos unit antara 5% hingga 10% bagi FY24," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, KLK baru-baru ini menyelesaikan pengambilalihan baki 40% pegangannya dalam Aura Muhibah daripada UEM Sunrise pada harga RM386.2 juta, melibatkan tanah seluas 1,011 hektar di Kulai.
Katanya, tanah itu diperuntukkan untuk pembangunan perindustrian dan berkemungkinan menggabungkan rancangan RE seperti pusat solar atau data, walaupun pihak pengurusan masih belum memutuskan pelan keseluruhan.
"Bagaimanapun, dari segi masa, KLK sedang berusaha untuk membangunkan tanah itu dalam tempoh lima tahun, sama ada secara persendirian atau perkongsian," katanya.
RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM23.00 sesaham. - DagangNews.com