Pendapatan Power Root diunjur meningkat pada 4QFY23 didorong normalisasi jualan, kata RHB Research | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Power Root diunjur meningkat pada 4QFY23 didorong normalisasi jualan, kata RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Feb - Pendapatan Power Root Berhad akan meningkat pada 4QFY23 didorong oleh nomalisasi jualan dan ketiadaan caj bagi skim opsyen saham pekerja (ESOS).

 

RHB Research berkata, bagaimanapun suku berkeanaan mememiliki jumlah hari bekerja yang sedikit selepas mengambil kira sambutan Tahun Baharu Cina dan bulan Februari yang lebih singkat.

 

Firma itu menjangkakan pertumbuhan pendapatan FY24 akan disokong oleh pertumbuhan volum yang stabil dengan aktiviti pemasaran yang menarik dan penawaran produk berkualiti.

 

"Di samping itu, persekitaran makroekonomi yang lebih mencabar mungkin menyaksikan pengguna lebih berhati-hati dalam berbelanja dengan pilihan barangan alternatif yang menawarkan nilai yang lebih baik.

 

"Perkara itu dilihat memberi petanda yang sangat baik kepada kumpulan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih sebanyak RM42 juta kumpulan bagi 9MFY23 mencapai 72% unjuran firma itu dan 78% unjuran tahunan penuh Street dengan perbelanjaan operasi (Opex) yang lebih tinggi daripada jangkaan. 

 

Bagaimanapun, firma itu percaya asas pertumbuhan kumpulan itu kekal utuh dan menjangkakan pemulihan pantas pada 4QFY23.

 

"Kami menyukai kumpulan itu kerana ekuiti jenamanya yang kukuh, pasukan pengurusan yang cekap dan pemberian dividen yang banyak.

 

"Kelemahan harga sahamnya baru-baru ini telah memberikan peluang kemasukan yang lebih menarik kepada pelabur," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM2.60 sesaham.

 

"Bagaimanapun kumpulan itu berdepan beberapa cabaran termasuk peningkatan harga komoditi melebihi jangkaan dan pemulihan kadar eksport yang lebih lemah daripada jangkaan," katanya. - DagangNews.com