Pendapatan TM bagi FY23 akan susut kurang 1% kesan daripada nilai kontrak MyGov*Net yang rendah, kata Affin Hwang | DagangNews Skip to main content

Pendapatan TM bagi FY23 akan susut kurang 1% kesan daripada nilai kontrak MyGov*Net yang rendah, kata Affin Hwang

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Jan - Affin Hwang Capital menjangkakan nilai projek MyGov*Net yang lebih rendah menyebabkan pendapatan Telekom Malaysia Berhad (TM) menurun kurang 1% untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23).

 

Sebelum ini, TM mengumumkan bahawa kerajaan telah melanjutkan konsesinya untuk sistem MyGov*Net selama 10 tahun lagi pada nilai yang lebih rendah.

 

Firma itu bagaimanapun kekal neutral terhadap pengumuman itu.

 

"Walaupun kami positif mengenai lanjutan 10 tahun untuk konsesi MyGov*Net, nilai konsesi RM4.9 bilion adalah lebih rendah daripada konsesi sebelumnya, yang kami anggarkan lebih RM6 bilion.

 

"Secara keseluruhannya, kami menganggarkan penurunan dalam hasil konsesi MyGov*Net mengakibatkan penurunan kurang daripada 1% dalam hasil FY23 TM sebanyak lebih RM12 bilion dan kelihatan boleh diuruskan kepada kami," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.


 

parafrasa

 

MyGov*Net merupakan rangkaian telekomunikasi bersepadu kerajaan yang menghubungkan lebih 10,000 premis kerajaan di Malaysia dan kedutaan Malaysia di luar negara.

 

Rangkaian kerajaan yang selamat dan berdedikasi ini berintegrasi dengan intranet, internet, Rangkaian Kampus Kerajaan dan Pusat Data Sektor Awam.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM5.80 sesaham. - DagangNews.com