Pengangkutan laut diunjur kekal sebagai penyumbang hasil utama FM Global Logistics | DagangNews Skip to main content

Pengangkutan laut diunjur kekal sebagai penyumbang hasil utama FM Global Logistics

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Ogos - RHB Investment mengunjurkan pengangkutan laut akan kekal sebagai penyumbang hasil utama kepada FM Global Logitics Holdings Bhd walaupun pemulihan segmen itu dilihat lebih perlahan daripada jangkaan.

 

Katanya, pada masa sama, prospek kumpulan itu juga akan dipacu oleh sumbangan daripada pengangkutan darat dan sektor logistik pihak ketiga (3PL).

 

"Kami kekal berhati-hati terhadap segmen pengangkutan laut dan menjangkakan pertumbuhan konservatif sebanyak 2%

 

"Pengurusan membimbing pendapatan keseluruhan FY25 untuk kembali kepada pertumbuhan jangka panjangnya antara 5% hingga 10%," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, pendapatan teras kumpulan itu pada 4QFY24 adalah RM6.8 juta menjadikan pendapatan keseluruhan FY24 kepada RM32.6 juta iaitu 94% daripada anggaran FY24 firma itu

 

Sisihan utama adalah daripada segmen pengangkutan laut yang lebih lemah daripada jangkaan serta sumbangan daripada perkhidmatan sokongan.

 

Permintaan keseluruhan untuk pengangkutan laut kekal kukuh dengan jumlah muatan kontena penuh (FCL) dan volum muatan kurang daripada satu kontena (LCL) mencatatkan pertumbuhan 6.3% dan 6.9%.

 

Firma penyelidikan menyemak turun unjuran pendapatan FY25-FY26 sebanyak 3% dan 2% selepas pelarasan selain mengira margin yang lebih rendah untuk perkhidmatan sokongan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran 65 sen sesaham,"katanya. - DagangNews.com