Penggodam buka 'DM' 36 akaun Twitter | DagangNews Skip to main content

Penggodam buka 'DM' 36 akaun Twitter

twitter

NEW YORK 23 Julai - Bukan hanya menggodam hingga 130 akaun Twitter, malah peti masej peribadi (DM) 36 akaun daripada jumlah tersebut turut diakses secara haram.

Perkara tersebut diberitahu oleh Twitter Incorporation (Twitter) semalam.

"Kami percaya bahawa 36 akaun daripada 130 yang disasarkan, penggodam telah mengakses peti masej peribadi DM.

"Perbuatan itu turut melibatkan akaun Twitter seorang pegawai terpilih di Belanda," jelas syarikat itu menerusi ciapan di Twitter.

twitter

Jelas Twitter lagi, pihaknya masih belum dapat memberi kesahihan berhubung individu atau pegawai terpilih lain yang turut menjadi mangsa serangan peti masej DM itu.

Sebelum ini, DagangNews.com melaporkan 130 akaun Twitter telah yang diserang oleh penggodam.

Jumlah itu termasuk beberapa akaun Twitter berprofil tinggi seperti akaun bilionair Bill Gates, Jeff Bezos, Elon Musk, Mike Bloomberg, dan Warren Buffett.

Baca: Twitter ‘syak’ hanya 130 akaun pemilik digodam

Baca: Akaun Twitter Obama, Bill Gates digodam sindiket penipuan mata wang kripto

Malah akaun bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden turut digodam.

Menurut laporan, jenayah itu dilakukan oleh kumpulan penipuan mata wang kripto.

Penggodam turut meminta para pengikut pemilik untuk mengirim sejumlah AS$1,000 (RM4,265) dalam bentuk Bitcoin ke alamat khusus menerusi ciapan di akaun itu. - DagangNews.com