Penghasilan buah tandan segar Genting Plantations pada 2HFY24 diunjur meningkat berikutan perkembangan kawasan matang di Indonesia | DagangNews Skip to main content

Penghasilan buah tandan segar Genting Plantations pada 2HFY24 diunjur meningkat berikutan perkembangan kawasan matang di Indonesia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Penghasilan buah tandan segar (BTS) Genting Plantations Bhd pada 2HFY24 diunjur mencatatkan peningkatan berikutan perkembangan kawasan matang di Indonesia.

 

MIDF Research berkata, pada masa sama, aktiviti penanaman semula yang berterusan di Malaysia mungkin memberikan kesan sederhana terhadap pertumbuhan pengeluaran kumpulan.

 

"Sementara itu, aktiviti segmen hiliran kumpulan berdepan saingan sengit dari Indonesia yang menikmati harga yang kompetitif bagi bahan mentah disebabkan perbezaan harga yang timbul daripada levi eksport," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, pendapatannya bagi suku tahun berakhir 30 Jun itu bagaimanapun menyusut kepada RM757.16 juta daripada RM805.9 juta pada 2QFY24.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Genting Plantations raih untung bersih RM85.1 juta suku kedua 2024, isytihar dividen 8 sen

 

Firma penyelidikan itu berkata, pengeluaran BTS ebanyak 484,000 tan meterik secara relatifnya standing dengan tahun sebelumnya yang disokong dengan baik oleh pengeluaran Indosnesia disebabkan profil umur  yang menggalakkan dan kawasan penuaian yang lebih luas.

 

Katanya, pengeluaran Malaysia kekal lemah disebabkan aktiviti penanaman semula berskala besar yang berterusan di atas kawasan seluas 200 ektar dan cuaca kering – tekanan biologi pada pokok dari Januari hingga April 2024.

 

MIDF Research berkata, keuntungan bagi segmen huluan dan hiliran kekal pada RM115.5 juta (+1.6%) dan RM3.4 juta (>100%).

 

Katanya, margin bagi segmen huluan menguncup sebanyak 20.4%, berikutan pengeluaran BTS yang lemah pada suku tersebut.

 

"Sementara itu, kos tetap kekal, menyebabkan margin dihimpit oleh kos pengeluaran pada kira-kira RM2,800 bagi setiap tan.

 

"Bagaimanapun, ia diimbangi sumbangan keuntungan segmen hiliran yang lebih tinggi, kerana margin segmen berkembang kepada 1.0%," katanya. - DagangNews.com