Penubuhan Perbadanan Perumahan Nasional selaraskan agensi pembangunan | DagangNews Skip to main content

Penubuhan Perbadanan Perumahan Nasional selaraskan agensi pembangunan

Perbadanan Perumahan Nasional (NHC)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Mac. - Penubuhan Perbadanan Perumahan Nasional (NHC) dibuat bagi menyelaraskan agensi pembangunan perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah satu entiti tunggal.

 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, tiga agensi perumahan KPKT meliputi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diselaraskan bawah NHC sebagai permulaan.

 

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

 

"NHC akan berperanan menyelaras dan merancang pembinaan serta menyediakan pelan kewangan bagi rumah mampu milik di seluruh negara," katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

 

Pada 9 Mac 2021 Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi NHC.

 

Selain jawatan berkenaan, Shahidan turut memegang peranan sebagai Pengerusi PR1MA yang dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai 23 Oktober 2020.

 

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

 

 

"Saya percaya beliau akan dapat menjalankan tugas dengan baik, apatah lagi pengalamannya dalam pentadbiran kerajaan sekali gus akan dapat memanfaatkan PR1MA dan NHC.

 

"Perancangan dan penubuhan NHC adalah inisiatif yang penting untuk agenda perumahan negara. Ia memerlukan kepemimpinan yang berpengalaman dan berwibawa seperti Shahidan," kata Zuraida.

 

Sebelum ini, Shahidan pernah terlibat dalam penubuhan PR1MA pada Januari 2013 ketika bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - DagangNews.com