Perbelanjaan iklan lemah, potensi kemelesetan ekonomi akan jejas pendapatan Media Prima - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Perbelanjaan iklan lemah, potensi kemelesetan ekonomi akan jejas pendapatan Media Prima - Maybank IB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Jan - Pebelanjaan periklanan (adex) yang lemah dan potensi kemelesetan ekonomi akan menjejaskan pendapatan kumpulan Media Prima Berhad.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, persaingan sengit daripada pelbagai media lain juga akan membuat hasil kumpulan itu terkesan.

 

Firma itu berkata, walaupun mereka positif terhadap langkah-langkah yang diambil kumpulan itu untuk memastikan hasil yang optimum tetapi kami engunjurkan penurunan dalam pendapatan 12MFP6/23E dan FY6/24E. 

 

"Penurunan itu adalah disebabkan prestasi buruk dalam segmen beli-belahnya yang boleh dilihat dengan jelas pada 9MCY22.

 

"Selain itu, sikap berhati-hati terhadap sentimen adex pada CY23 kerana terdapat potensi kelemahan dalam segmen pengguna," katanya dakam satu nota kajian, hari ini. 

 

Media Prima merupakan jenama terkemuka di Malaysia, dengan portfolio aset media yang pelbagai seperti stesen siaran tv percuma, pengiklanan luar rumah, segmen penerbitan akhbar, pelbagai jenama media digital, dan segmen beli belah.

 

Ia juga memiliki beberapa jenama penerbitan seperti New Straits Times Press, Berita Harian dan Harian Metro.

 

Firma itu memulakan liputan terhadap Media Prima dengan saranan 'pegang' pada harga sasaran (TP) 42 sen. - DagangNews.com