Pernas peruntuk RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Francais dan Pra Francais 2023 | DagangNews Skip to main content

Pernas peruntuk RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Francais dan Pra Francais 2023

Datuk Ewon Benedick (tiga, kiri) menyampaikan replika cek Skim Pembiayaan Francais dan Pra Francais 2023 kepada Pengarah Mok Sdn Bhd, Chin Thau Chung (dua, kanan) pada majlis perasmian penjenamaan semula Mok Corner di Penampang, Sabah pada 28 Mei 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Mei - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) memperuntukkan sejumlah RM50 juta khusus untuk Skim Pembiayaan Francais dan Pra Francais bagi 2023 untuk pembangunan perniagaan francais selaras dengan nilai Kesejahteraan Madani untuk usahawan.

 

Pernas dalam kenyataan berkata, sebagai usaha membantu usahawan francais tempatan di Sabah berkembang dengan lebih jauh, Pernas telah meluluskan pembiayaan kepada 66 syarikat dengan jumlah RM14.7 juta sejak 2009. 

 

Katanya, antara jenama francais tempatan yang menerima pembiayaan adalah Mok Corner yang melancarkan penjenamaan semula pada 28 Mei 2023. 

 

"Jenama ini telah menerima pembiayaan sebanyak RM1 juta sejak 2019. Menerusi bimbingan Pernas, Mok Corner berjaya mendapat lesen francais pada 2016 dan kini mempunyai 39 cawangan yang mana 18 cawangan dijalankan oleh francaisi," katanya.

 

Terdahulu, pada majlis tersebut, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyampaikan replika cek kepada Mok Sdn Bhd (MSB), Happy Potato Sdn Bhd dan Tasek Emas Enterprise (Alap-Alap) dengan jumlah keseluruhan RM2.18 juta.

 

Turut hadir Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin; Penolong Pegawai Daerah Penampang, Stanley Sikolis; Pengarah dan Pengasas Bersama Jenama Mok Corner, Jacky Chin dan Ricky Chin.

 

Selain itu, turut disampaikan Sijil Pra-Francaisor kepada Skippee yang merupakan jenama di bawah Progam Business In Transformation (BIT) Pernas.

 

 

pernas
Datuk Hazimah Zainuddin ketika berucap pada majlis perasmian penjenamaan semula Mok Corner di Penampang, Sabah pada 28 Mei 2023.

 

 

pernas

 

 

Ewon berkata, perkembangan perniagaan jenama Mok Corner menunjukkan jenama tempatan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sekali gus membuktikan jenama tempatan mampu bersaing dengan jenama-jenama francais antarabangsa yang lain. 

 

 

pernas

 

 

pernas

 

 

pernas

 

 

Katanya, kemunculan jenama francais tempatan dari Sabah seperti Kak Nong, Al-Hadanah, Sinar Suria, Nuvis, Fook Yuen dan Daily Electronic Centre (DEC) juga turut merancakkan industri francais. 

 

"Perkembangan positif ini juga menjadi pemangkin kepada bakal usahawan dan usahawan di Sabah untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais," katanya.

 

 

pernas

 

 

pernas

 

 

Sejak 2004, sebanyak RM428 juta telah disalurkan kepada 2,162 usahawan untuk pembangunan industri francais negara. 

 

KUSKOP menerusi Pernas terus komited melaksanakan semua inisiatif untuk memastikan kemajuan dan kejayaan usahawan francais. 

 

Ini bertepatan dengan ikhtiar 'Bitara Madani' yang memberi fokus kepada pembangunan keusahawanan yang memerlukan jangka masa yang panjang dalam merealisasikan kejayaan. - DagangNews.com