Perniagaan IHH Healthcare di Tukiye diunjur terkesan akibat tekanan inflasi - AmInvestment | DagangNews Skip to main content

Perniagaan IHH Healthcare di Tukiye diunjur terkesan akibat tekanan inflasi - AmInvestment

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Sept - AmInvestment Bank Research mengunjurkan pendapatan IHH Healthcare (IHH) mendatar pada 2HFY22 kesan daripada hakisan margin keuntungan untuk perniagaan di Hospital Acibadem, Turkiye akibat tekanan inflasi.

 

Bagaimanapun ia diimbangi oleh pemulihan kehadiran pesakit di Malaysia dan Singapura.

 

Firma itu berkata, perniagaan di Acibadem, Turkiye menyumbang 25% pendapatan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan semasa pra pandemik pada FY18-19.

 

Katanya, Indeks Harga Pengguna Turkiye (CPI) meningkat sebanyak 80.2% pada Ogos 2022 berbanding 11%–19% sepanjang lima tahun yang lalu dan kadar inflasi di negara itu boleh mencecah 72.2% pada 2022 dan menurun kepada 28.4% pada 2023.

 

"Kami percaya kenaikan harga pada Januari 2022 yang meningkatkan harga purata jualan (ASP) Turkiye sebanyak 39% tidak akan mencukupi untuk mengimbangi peningkatan kos berterusan pada bulan-bulan berikutnya.

 

"Selain itu, kenaikan bil elektrik yang disemak semula pada akdar lebih tinggi akan mewujudkan ketidak padanan masa bagi mengurangkan tekanan terhadap margin keuntungan Acibadem.

 

"Kami meragui keupayaan IHH untuk mengekalkan margin EBITDA 2QFY22 sebanyak 18.5% pada suku berikutnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Bagi Apex Healthcare (Apex), firma itu mengambil pendekatan konservatif bahawa pendapatannya bagi 2HFY22F akan stabil selaras dengan panduan yang ditetapkan pengurusan pada 4QFY22.

 

"Bagaimanapun, terdapat peluang tinggi Apex akan menerima manfaat besar daripada peningkatan kes selsema dan varian COVID-19, Omicron yang menyebabkan masalah pernafasan," katanya.

 

Firma itu menyukai Apex selepas mengambil kira kemampuan mereka berfkembang sejak 20 tahun lalu dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 10% disokong oleh margin keuntungan yang stabil.

 

Katanya, perkar aitu didorong oleh pembangunan jangka panjang seperti populasi yangs emakin berusia, peningkatan kesedaran orang ramai terhadap pendidikan kesihatan dan peningkatan perbelanjaan penjagaan kesihatan di Malaysia serta Singapura.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' untuk sektor penjagaan kesihatan," katanya. - DagangNews.com