Peserta 10X Bina Bisnes Berjaya RichWorks dibekalkan 200 strategi pemasaran | DagangNews Skip to main content

Peserta 10X Bina Bisnes Berjaya RichWorks dibekalkan 200 strategi pemasaran

Pesrta Program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) anjuran RichWorks bergambar beramai-ramai di Setia Alam pada 30 Oktober 2022.
Oleh FAIZAL ZAKARIA

SHAH ALAM 30 Okt - Program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) bagi edisi penutup tirai 2022  mempersiapkan diri  usahawan tidak kurang daripada 200 strategik dan teknik pemasaran dalam bisnes berdepan cabaran tidak menentu pada tahun hadapan.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Radz Mohd. berkata,  Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah menggariskan item-item utama yang perlu dilaksanakan sebaik melangkah keluar dari dewan Setia City Convention Centre (SCCC) dekat sini.

 

“Selama tiga hari para usahawan tersebut didedahkan dengan ilmu dan strategi yang terbukti dan diguna pakai di sekolah-sekolah perniagaan terkemuka di dunia. 

 

“Dr. Azizan berkongsi perkara yang terbukti dapat membantu usahawan-usahawan yang dilatih dan dibimbing kami dalam tempoh 15 tahun,” katanya ketika ditemui pada hari terakhir 10XBBB hari ini.

 

 

richworks
Radz Mohd. (kiri) bersama pasangan suami isteri yang menyertai Program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) anjuran RichWorks pada 30 Oktober 2022.

 


Tambah Radz, pihaknya berharap agar program itu dapat berikan mereka hala tuju lebih jelas malah panduan bagaimana untuk mengharungi pelbagai cabaran yang ada.

 

“Buat pengetahuan semua, 10XBBB juga mungkin merupakan program terakhir yang dikendalikan Dr. Azizan selama tiga hari.

 

“Selepas ini, Dr. Azizan akan lebih menumpukan kepada bimbingan kepada bisnes yang sudah memasuki skala pengembangan dan dalam masa sama meningkatkan penglibatannya dalam dunia korporat,” ujar Radz.

 

 

richworks

 

richworks

 

 

Radz memberitahu, RichWorks International juga mempunyai barisan tenaga pengajar yang berpengalaman belasan tahun dalam melatih dan membimbing usahawan malah bisnes bagi solusi ‘end to end’.

 

“Aspek menguruskan bisnes, kepimpinan, pengoperasian, jualan dan pemasaran serta pematuhan perundangan termasuk digitalisasi ada diajar dalam RichWorks International.

 

“Melalui pengalaman dan bimbingan yang juga disampaikan sendiri Dr. Azizan kepada barisan tenaga pengajar RichWorks International, kami dapat lahirkan 327 usahawan mencapai jualan RM1 juta pertama sejak 2018 hingga kini,” jelasnya.

 

Radz berkata, seperti mana kata Dr. Azizan sebelum ini yang mana kita mempunyai formula dan metadologi yang mampu bantu usahawan dalam bukan hanya buat bisnes sebaliknya membina bisnes yang berjaya.

 

 

richworks

 

 

“Maksudnya bisnes berjaya di sini bukan hanya dapat capai peningkatan jualan hingga jutaan ringgit, sebaliknya ia perlulah mampu bertahan dan berkembang lagi,” katanya.

 

Radz turut menjemput orang ramai yang terlepas peluang menyertai program ini untuk melayari www.richworks.com bagi mendapatkan maklumat lanjut latihan usahawan. - DagangNews.com