Zainal Abidin Zainudin (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Ir. Roney Zaidell (dua dari kanan) sambil disaksikan Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd. Naroden Majais.
NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]
KUALA LUMPUR 5 Nov - Petronas metrai perjanjian induk bersama Bintulu Prilled Urea Sdn. Bhd. (BPUSB) bagi membekal gas sebagai ke loji petrokimia di Tanjung Kidurong, Bintulu.
Perjanjian induk itu dimetrai di Kuching pada 3 November lalu dengan Petronas diwakili Ketua Perancangan dan Pengoptimuman Gas, Malaysia Petroleum Management, Zainal Abidin Zainuddin manakala BPUSB diwakili pengarahnya, Ir. Roney Zaidell dan hadir sama Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management, Mohamed Firouz Asnan.
"Perjanjian induk ini memberi gambaran komitmen petronas untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk mengembahkan industri gas dan petrokimia tempatan di Sarawak mengikut Perjanjian Prinsipal yang dimetrai pada 2016.
"Kemajuan ekonomi setempat akan memberi kesan positif kepada masyarakat negeri ini. Ke arah mencapai objektif ini, Petronas dengan sokongan kerajaan negeri akan terus bekerja keras menarik pelaburan baharu ke dalam industri hiliran bagi memastikan bekalan gas dapat dikekalkan kepada semua pelanggan sedia ada serta pelanggan baharu," kata Mohamed Firouz di dalam majlis itu.
Jalinan kerjasama menerusi perjanjian induk itu akan memberi peluang kepada Petronas untuk membina hubungan baharu bersana BPUSB selaku pengguna gas domestik.-DagangNews.com