Pilihan raya umum tidak berlaku tahun ini | DagangNews Skip to main content

Pilihan raya umum tidak berlaku tahun ini

parli

KUALA LUMPUR 14 Julai – Pilihan raya umum dijangka tidak diadakan tahun ini, berikutan negara masih dibelenggu pandemik COVID-19, menurut firma penyelidikan ekonomi, BIMB Securities.

Dalam nota kajian hari ini, firma tersebut berkata, pihaknya berpandangan pilihan raya umum tidak akan berlaku tahun ini, malah tiada keperluan pun sehingga tamat penggal pada 2023 nanti.

``Di sebalik kekecohan semalam, seperti dijangka, permulaan sesi Parlimen tidak menjadi satu kejadian luar biasa.

``Pilihan raya umum Singapura baru-baru ini menunjukkan orang ramai masih bimbang terhadap wabak COVID-19.

``Dan meskipun terdapat secara relatifnya kejayaan menangani perluasan pandemik, ia tidak bermakna pengundi akan memberi undi sepenuhnya kepada kerajaan,’’ kata BIMB Securities hari ini.

BIMBSec

Mengenai sektor pembuatan sarung tangan getah, firma penyelidikan itu berpendapat ia dipacu oleh faktor fundamental dan kecairan.

``Kita sudah separuh tahun sejak kes pertama berlaku dan wabak itu masih wujud sekarang. Singapura, walaupun kelihatan terkawal, masih melaporkan ratusan kes baharu setiap hari.

``Jadi ia tiada mengejutkan permodalan pasaran bagi utiliti dan bank-bank kini terbantut atau merudum, manakala pembuat sarung tangan getah terus mencatat keuntungan,’’ kata BIMB Securities.

Sebarang bentuk pembetulan bagi sektor pembuat sarungan tangan getah akan dibantu baik dan mungkin akan berlaku konsolidasi bagi tahap seterusnya. – DagangNews.com